Derma Untuk Dana PRU 13

Wednesday, September 21, 2011

Poster Anwar bogel di Kedah

Selain dari poster disebelah yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah yang dipasang di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam yang telah dinafikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ianya telah dipasang oleh UMNO Kedah.


Poster gambar bogel pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijumpai bertaburan di atas jalan masuk menuju Taman Seri Bayu dengan kata-kata kesat turut dicetak bersama gambar terbabit.

Hmmm.. siapa ada gambar poster tu? kalau ada tolong e-mail kat aku ya...


Kecoh gambar Anwar bogel
SUNGAI PETANI- Penduduk Taman Seri Bayu, Sungai Lalang, dekat sini kecoh dengan penemuan poster gambar bogel pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, awal pagi semalam.

Majlis Ketua Kampung/Komuniti Taman Seri Bayu, Ahmad Bakar, 52, berkata, poster yang bersaiz A4 itu dicetak dua halaman (depan dan belakang) yang memaparkan gambar Anwar dalam keadaan bogel di halaman hadapan.

Menurutnya, di halaman belakang pula memaparkan gambar Anwar bersama ahli keluarganya namun, gambar yang dipaparkan di halaman itu menunjukkan Anwar dan keluarga lengkap berpakaian.

“Poster itu dijumpai bertaburan di atas jalan masuk menuju Taman Seri Bayu dengan kata-kata kesat turut dicetak bersama gambar terbabit.

“Saya percaya pihak yang mengedarkan poster terbabit mengambil kesempatan untuk mempengaruhi orang ramai sempena Majlis Jamuan Hari Raya dan Perasmian PKR Cabang Merbok yang bakal diadakan malam ini (semalam) dan dijadualkan dirasmikan Anwar,” katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, semalam.

Sehubungan itu, Ahmad membuat laporan polis di IPD Kuala Muda jam 1.57 petang semalam berikutan kecewa dengan sikap pihak yang mengedarkan poster berkenaan.

Menurutnya, dia meminta pihak polis untuk menyiasat kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan menerima laporan itu.


Sinar Harian

No comments: