Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, October 2, 2011

37 Ahli PAS keluar PAS kerana ADUN UMNO tak buat kerja?


Posted: Sat, 01 Oct 2011 19:07:00 +0000
Sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke 60 PAS di Kepala Batas semalam, TV3 menyiarkan satu berita dalam Buletin Utama, beritanya tentang Ahli-ahli PAS di Kepala Batas keluar PAS kerana mendakwa banyak pembohongan yang dibuat oleh PAS..

Mamat yang mewakili sekumpulan 37 orang kononnya Ahli PAS itu memberikan alasan “Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat,”

Kalau benar itu alasannya nampak benar sempit sekali pemikirannya..


Bodoh juga mamat itu sebenarnya kerana Kepala Batas Ahli Parlimennya ialah Pak Lah dari UMNO manakala tiga DUN di kawasan tersebut iaitu Pinang Tunggal, Bertam dan juga Penaga juga dikuasai oleh UMNO.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Adun Bertam Zabariah Abdul Wahab.

Jadi kenapa mamat itu meminta bantuan dari PAS sedangkan bantuan tersebut sepatutnya diminta dari ADUNnya kerana mereka mempunyai peruntukan untuk semua itu?

Mungkin benar Calon PAS dikawasannaya ada berjanji tapi kalau dah kalah nak korek duit dari mana?

Secara tidak langsung mamat tersebut juga telah mendedahkan bahawa selama ini ADUN bagi kawasannya tidak buat kerja atau makan gaji buta.. jika mereka menjalankan tugas mereka dengan baik mana mungkin akan ada masaalah begitu..

Aku tak berapa pasti Kampung Bakau Tua tu terletak di kawasan DUN yang mana satu.. tapi yang pasti Mamat yang mengaku kononnya ahli PAS itu telah keluar PAS kerana ADUN UMNO tak buat kerja...

Alahai.. apa punya cerita ni.. skrip kurang berkesan la..


Banyak Pembohongan Buat 37 Ahli Pas Keluar Parti Sertai UMNO

KEPALA BATAS, 1 Okt – Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua di sini, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.

Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.

Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.

“Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat,” katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.

“Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.

“Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda,” katanya.


UMNO Online

No comments: