Derma Untuk Dana PRU 13

Monday, October 3, 2011

Wakil Najib tawar ADUN DAP RM150,000 dan 12 Hektar Tanah?




Lagi langkah terdesak Barisan Nasional.. kali ini di Johor pula..

Seorang Adun DAP yang digantung keahlian mendedahkan beliau ditawarkan RM150,000 dan tanah seluas 50 ekar (12 hektar) jika keluar parti itu dan bertanding sebagai calon Bebas mesra Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.


Tawaran itu dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian menurut wakil rakyat penggal pertama kerusi Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Gwee berkata beliau telah menolak tawaran tersebut.

Menurut Gwee, lelaki itu yang dikenali sebagai Wee Pao Chin telah mengaturkan satu pertemuan dengan Najib di Putrajaya Isnin ini, dan sepatutnya disusuli dengan satu sidang media oleh Pengerusi BN itu.

Katanya, wang sebanyak RM150,000 akan disediakan oleh Putrajaya dan akan dibayar menerusi persatuan suku dianggotai bagi mengelak dikesan.

Gwee juga berkata, beliau ada dijanjikan dana tambahan lebih RM5,000 setiap bulan dan akan disediakan satu pejabat dan staf untuk menjaga kawasannya.

“Syaratnya ialah ‘anda mesti bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum akan datang untuk melawan calon DAP,” kata wakil rakyat berusia 44 tahun ini pada sidang media di sini hari ini.

Kerusi Bentayan terletak di bahagian Parlimen Bakri dan merupakan kubu kuat MCA sehingga 2008. Gwee telah menewaskan calon MCA Lee Chin Yong pada Mac 208 dengan majoriti 2,798 undi.

Ketika ditanya mengapa BN mahukan beliau sebagai calon di kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Gwee berkata, beliau diberitahu bahawa “pengurusan tertinggi telah ‘kau-tim’ (dengan hukuman digantung keahlian). MCA tidak akan meletakkan calon di Bentayan.” Gwee berkata beliau telah merakamkan perbualan itu semalam, yang berlangsung dalam Mandarin dan salinan transkrip turut diedarkan untuk menyokong dakwaannya.

Gwee, ahli DAP sejak 1990 berkata, beliau kecewa dengan tindakan menggantungnya selama enam bulan berhubung dakwaan salah guna kuasa tetapi tidak akan menerima tawaran BN.

“Saya masih orang DAP. Tawaran BN kepada saya tidak wajar. Itu sebab saya membuat pendedahan ini, untuk memberitahu BN bahawa bukan setiap Adun atau Ahli Parlimen DAP boleh dibeli. Saya mencintai DAP. DAP adalah parti saya,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

No comments: