Derma Untuk Dana PRU 13

Thursday, October 18, 2012

GURU YANG MEMEGANG JAWATAN KANAN DLM PARTI 2 TAHUN TAK MASUK KELAS..???

Isu guru tak mengajar bergema di sidang Dun

Salmah Mat Husain, 18 Okt 2012

KOTA BHARU: Isu guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno tidak datang mengajar di sebuah sekolah di Tanah Merah turut berkumandang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun lebih dua tahun.

“Laporan telah dibuat ibu bapa terhadap pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan sehingga sekarang,” katanya pada persidangan Dun.

Wan Yusof berkata, beliau difahamkan kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah sama sudah acap kali merungut, namun masalah dihadapi tidak nampak ada jalan penyelesaian.

“Saya percaya Pejabat Pelajaran Daerah pun dah tahu isu berkenaan. Namun saya bimbang kalau-kalau ia cuba disembunyikan begitu sahaja,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh mengintai isu berkenaan kerana ia melibatkan masa hadapan pelajar yang terabai.

Sebelum ini isu guru terbabit diperkatakan dalam secara meluas dalam blog-blog difahamkan milik kalangan guru-guru yang tidak bersetuju dengan tindakan guru yang mempunyai kedudukan dalam Umno terbabit.

Pada ucapan yang sama Wan Yusof mendedahkan mana-mana guru yang membaca akhbar Harakah walau pun pada waktu rehat diberi amaran dan diugut akan ditukar ke sekolah lain.

Kata beliau juga guru sering diperalatkan hadir pada program anjuran Umno termasuk membabitkan Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam perkembangan berkaitan, Umno Tanah Merah dikatakan sering dilanda masalah sejak berada di bawah kepimpinan ketua sekarang, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Beberapa tahun lalu bekas setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman digugur keahliannya kerana mengemukakan saman pemula terhadap Ikmal Hisham dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Baharuddin Yusof ekoran kemenangan mereka dianggap tidak sah.

Manakala tahun lepas seorang lagi anggota jawatankuasa Umno bahagian itu berusia 50-an dilaporkan media ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel.

No comments: