Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, October 21, 2012

Imam Mahdi akan muncul pada 2023 !


Khutmah Jumaat semalam di salah sebuah Masjid di Shah Alam berkisar tentang kisah kemunculan Imam Mahdi. Semua tanda kecil telah berlaku dan dua perkara besar terakhirpun sudah berlaku. Kita sedang menunggu lagi tanda akhir di mana berlaku pergaduhan 3 anak raja Arab di Masjidil Haram.

Untuk meringkaskan cerita akhirnya Imam Mahdi akan muncul pada tahun 2023 di mana umurnya ketika itu adalah 40 tahun. Maknanya Imam Mahdi telah ada sekarang dalam keadaan muda dan ada cerita yang menyatakan ada orang telah berjumpa dengan Imam Mahdi di Mekah. Wallahu'alam.

Bila Imam Mahdi telah ada dan makin hampir kemunculannya, itu tandanya kemunculan dajjal juga sama hampir. Kemuncaknya adalah apabila terma 'world super power' akan beralih kepada negara Israel! ketika ini Israel sedang giat menranapkan Masjidil Aqsa untuk dinaikkan Temple of Solomon bagi menyambut kemunculan Dajjal. Amerika makin lemah dan memang nampak benar Israel akan berkuasa tidak lama lagi secara terang.


Mendengar khutbah tersebut sambil mencongak-congak, umur saya ketika kemunculan Imam Mahdi dalam sekitar 55 tahun. Itu umur pencen dan moga Allah panjangkan usia dan berikan tahap kesihatan dan kekuatan segagah Saydina Ali. Insyallah.

Persoalannya adakah dengan mendengar khutbah tersebut kita terus meninggalkan urusan dunia kerana, bakal terjadi peperangan besar antara tentera Dajjal dan juga tentera Imam Mahdi? Ada juga yang hilang motivasi untuk bekerja kuat dan berusaha gigih kerana merasakan iannya akan menjadi sia-sia bila kemunculan 2023 hanya akan berlaku dalam masa beberapa tahun saja lagi.

Jangan henti beusaha samada dunia atau akhirat. Urusan kita adalah menyediakan diri menjadi hamba Allah yang terbaik agar selamat diakhirat. Samada Imam Mahdi akan muncul dalam masa terdekat atau tidak, samada kita tergolong dalam kumpulan Al-Mahdi atau tidak, hanya Allah saja yang mengetahuinya.

Tetapi jika anda miskin papa kedana kerana malas berusaha dan mengharapkan orang lain menjaga kebajikan anda, bagaimana anda dapat membantu menaikkan Islam dan seterusnya membantu Al-Mahdi?. Teruskan kehidupan dan jadilan mukmin yang hebat, itu urusan setiap daripada kita sekarang.

Apa yang saya terfikirkan kini adalah bagaimana relevennya jangkaan kemunculan Imam Mahdi tersebut. Dunia Islam sekarang sedang bergolak dengan terus sekali. Semua negara yang majoritinya umat Islam terpaksa akur dengan konsep demokrasi yang meletakkan konsep pemerintahan pada selera rakyat.

Jika rakyat menolak konsep pemerintahan yang berlandaskan syariat, maka kerajaan akan akur. Ini berlaku pada Mesir, Tunisia dan sekarang negara kita juga mengalami masalah yang sama. Jika rakyat menolak hudud, maka siapa saja yang menanag kerajaan akan akur turut sama menolak hudud dengan berbagai alasan.

Umat Islam tidak boleh mempercayai atau mengharapkan sesiapa lagi terutamanya mereka yang berjuang atas landasan politik. Cengkaman demokrasi  yang melatakkan pilihan rakyat sebagai hala tuju mengcengkam seluruh dunia.

Apakah kelemasan ini bakal diselamatkan oleh kemunculan Al-Mahdi? sama-sama kita tunggu insyallah

No comments: