KUALA LUMPUR 16 November: Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron
dari Barisan Nasional (BN) ‘meroyan’ apabila disoal tentang
Scorpene.Ketika dihubungi Keadilan Daily, beliau ditanya berhubung
kesediaannya untuk hadir mendengar taklimat Scorpene yang akan
disampaikan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham di
Parlimen minggu depan.Idris menjawab, “Saya tak perlu dengar keterangan
penipu macam itu, orang macam itu akan guna apa cara sekalipun untuk
buktikan dia betul,” katanya penuh emosi.
Lebih teruk lagi, beliau turut merapu dengan menghambur kata-kata
‘pedas’ terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba
memburukkannya.Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen BN menafikan
kebenaran kes rasuah pembelian Scorpene yang melibatkan pemimpin
tertinggi negara.
Antaranya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas
kononnya pembelian kapal selam Scorpene adalah mengikut prosedur
perundangan.Kerajaan juga mengatakan tiada kes sedang berjalan di
Mahkamah Perancis.Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli
Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance
berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Berbeza dengan Idris, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar
Radin yang juga pemimpin BN dilihat agak profesional kerana sedia untuk
hadir taklimat tersebut Khamis depan. ~kd
No comments:
Post a Comment