Salmiyah Harun
KOTA BHARU:
Ketika negara haram Israel menyerang umat Islam di Gaza, Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (Anak) mengumumkan kesediaan mereka untuk mendedahkan
invois penjualan minyak sawit Felda ke negara Israel.
Presiden
Anak Mazlan Aliman berkata, mulai tahun 2010 Felda telah menjual minyak
sawit dari kilangnya dari Pasir Gudang ke negara Zionis itu.ngumum
Mazlan
mengumumkan perkara ini ketika berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat
yang diadakan di Stadium Sultan Muhamad ke IV dekat sini.
"Saya
akan dedahkan satu invois penjualan minyak sawit kepada negara Israel
oleh Felda,"katanya dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium
Muhammad Ke IV.
Dalam
pada itu, Mazlan turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak menjawab dakwaannya bagaimana RM400 juta saham syarikat perjudian
Genting Berhad boleh berada di dalam Felda Global Venture (FGV).
Terkini
katanya, seorang pegawai Felda dikatakan telah memasang 40 kamera litar
tertutup untuk memantau aktiviti kakitangan Felda kononnya ada di
kalangan mereka pecah maklumat kepada orang luar.
"Pegawai
terbabit berada dalam ketakutan apabila mula bertindak memantau staf
bimbang pecah maklumat,"katanya di hadapan kira-kira 30,000 penyokong
Pakatan Rakyat yang meneyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat ke 2 dekat
sini.
No comments:
Post a Comment