Derma Untuk Dana PRU 13

Saturday, November 17, 2012

Israel Bom Pejabat PM, Ismail Terselamat


Israel Bom Pejabat PM, Ismail Terselamat


BAITULMUQADDIS – Israel melancarkan serangan udara ke atas bangunan-bangunan kerajaan Hamas termasuk pejabat Perdana Menteri di Gaza hari ini – sehari selepas Kabinetnya meluluskan langkah mengerah 75,000 askar simpanan bagi menggerakkan tindakan ketenteraan dari darat.
Hamas menerajui kerajaan Palestin dari Genting Gaza manakala Presiden Palestin pula berpejabat di Ramallah.
Hamas yang diketuai Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata, Israel mengebom pejabat Perdana Menteri – lokasi di mana beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Hisham Qandil pagi semalam.
Israel mengadakan mesyuarat hampir empat jam malam tadi dan serangan itu menyusul pertemuan tersebut.
Serangan Israel juga menyasarkan ibu pejabat polis.

Sehingga kini 38 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, separuh daripada mereka merupakan orang awam, sejak Israel memulakan serangan pada Rabu lalu. Dalam pada itu, tiga rakyat Israel terbunuh dalam serangan roket kelmarin.
Bandar raya Gaza berhadapan dengan serangan bertubi-tubi sejak 9 pagi tadi waktu Malaysia (3 pagi waktu tempatan).
Serangan susulan diteruskan selepas jam 5 pagi waktu tempatan, menyasarkan bangunan kementerian, yang dipercayai kosong ketika tindakan ketenteraan.
Turut menjadi sasaran ialah rumah ketua Hamas di Jabaliya, utara bandar raya Gaza.
Ibu pejabat Ismail yang mengalami kemusnahan teruk.
Serangan lewat malam tadi menyebabkan lapan rakyat Palestin terbunuh. Tiga yang terbunuh terdiri daripada anggota Briged Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.
    
 

No comments: