6 Muharram 1434H,
SHAH ALAM, 20 NOV: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
didakwa tidak tepat dalam mengesan kenderaan yang melebih had laju kerana ia
boleh menyebabkan kenderaan yang tidak melebihi had laju juga disaman.
Ini kerana kamera AES yang statik
akan menyebabkannya merakam kenderaan yang tidak melebihi had laju yang
kebetulan berada di hadapan kamera secara serentak dengan kenderaan lain yang
laju.
Dakwaan tersebut dibuat Exco
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu semalam.
Ronnie berkata beliau mengetahuinya
melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini termasuk membuat rakaman video di
salah satu tapak kamera AES yang ada di Selangor baru-baru ini.
“Ia bukan macam kamera yang
dikendalikan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) atau polis trafik yang boleh
terus tembak kepada kenderaan yang dipandu laju, tetapi AES ia statik.
“Kalau anda pandu perlahan, tak
lebih had laju pun, tetapi kalau ada orang lain yang (melebihi had laju) potong
pada saat itu, ‘flash’ kamera itu akan tangkap gambar semua kenderaan yang
berada di situ pada masa itu.
“Kalau ada tiga kenderaan pada masa
itu, ketiga-tiga kenderaan pun akan kena termasuk pemandu yang melebihi had
laju itu sekali,” kata Ronnie.
Ronnie juga memberitahu lokasi
sebenar AES di Selangor terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
dan bukannya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seperti yang disebut sebelum ini.
Menurutnya lagi notis 14 hari arahan
merobohkan kamera AES yang dikeluarkan oleh MPKj baru-baru ini juga ditarik
semula.
“Maaf, sebelum ini ada sedikit
kesilapan, hari ini notis 14 hari itu telah dikeluarkan semula oleh MPSp,”
katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan bahawa pegawai MPSp telah
bersedia untuk tampil menjadi saksi di mahkamah sekiranya dipanggil dalam
perbicaraan yang melibatkan saman AES nanti.-tvs
No comments:
Post a Comment