Derma Untuk Dana PRU 13

Wednesday, April 10, 2013

Kor Risik ATM kini berkhidmat untuk BN?


Rakyat ingin tahu adakah  benar Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam kerja-kerja kotor politik Umno dan BN.
1. Parti Keadilan Rakyat  merakamkan pendirian kami ingin melihat Pilihanraya Umum ke 13 diadakan  dengan aman dan tenteram. Kita ingin mengajak lawan kita Barisan Nasional menyatakan komitmen yang sama dengan tidak menggunakan agensi-agensi keselamatan kerajaan untuk tujuan politik mereka.
2. Pakatan Rakyat semakin kerap menjadi mangsa keganasan samseng-samseng UMNO dan BN. Bas kita dirosakkan, penyokong kita dicederakan dan pemimpin kita diserang. PDRM kelihatannya lambat bertindak dalam menanggani masalah ini. Tiada seorang pun yang didakwa walaupun terdapat banyak bukti rakaman video dan foto telah diserahkan sebagai bahan bukti..

3. Kami ingin menyatakan kebimbangan kami kerana kelembapan bertindak ini seolah-olah menunjukkan pasukan PDRM telah bersekongkol dengan UMNO dan BN.

4. Kami juga mendapat tahu selain dari PDRM, Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) turut  dilibatkan dalam mempertahankan kuasa politik  UMNO dan BN. Kami amat bimbang jika mereka dipaksa membantu UMNO dan BN, profesionalisma dan imej mereka di mata rakyat akan terjejas.

5. Diantara maklumat yang kami terima Kor Risik diarah melatih Pemuda-Pemuda UMNO dan orang awam yang bukan UMNO bagi melakukan sabotaj dan mengganggu program-program anjuran Pakatan Rakyat disamping menantau kegiatan Pakatan Rakyat secara berterusan.

6. Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan BATAS dan Warisan Malaya. Kini ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk melakukan huru-hara bila arahan diberikan.

7. Alhamdulillah, sebahagian dari ahli yang dilatih ini merasa bersalah dan telah mendedahkan peranan mereka sebagai agen Kor Risik .

8. Kami dengan ini ingin ajukan persoalan kepada Pengarah Kor Risik ATM Malaysia adakah benar, Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan tertentu bagi melakukan kerja-kerja sarbotaj terhadap Pakatan Rakyat dan ahli-ahli kumpulan ini akan melakukan huru-hara jika UMNO dan BN tumbang dalam PRU 13 nanti.
9. Kami juga ingin tahu adakah benar mesin cetak telah ditempatkan di Kem Genting Kelang bagi mencetak risalah-risalah yang menfitnah Pakatan Rakyat.

10. Adakah benar Pegawai-Pegawai Kor Risik telah ditugaskan membawa dan seteruskan memberi wang tunai dengan tujuan membeli calon-calon Pakatan Rakyat dan PRU 13 nanti.

11. Kami dapati maklumat-maklumat bagini amat sukar dipercayai. Tetapi kerana maklumat ini datang dari ahli-ahli kumpulan tertentu yang mendakwa mereka telah dilatih oleh Kor Risik ATM, adalah wajar kami ajukan soalan ini kepada Pengarah Kor Risik agar rakyat mendapat jaminan bahawa Angkatan Tentera Malaysia kita tidak terlibat dalam mainan  kotor parti-parti politik tetapi bersumpah untuk taat setia pada Raja dan Negara dan akan pertahankan Negara Tercinta ini dari ancaman musuh.

12.  Kami juga memohon agar Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia memberi sedikit ruang dan masa agar dapat berjumpa kami Pimpinan Pakatan Rakyat supaya mereka dapat memberikan jaminan bahawa mereka akan terus komited dengan tugas mulia dan penuh profesional dan tidak terlibat dalam hal-hal lain yang tidak akan direstui oleh rakyat dan negara.

13. Kami amat yakin Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pemimpin-Peminpin politik dari mana-mana parti dan rakyat dapat bergabung


mempertahankan negara dan membangunkan negara tercinta ini demi masa depan kita semua yang lebih aman dan gemilang.

Sekian dan terima kasih.

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
Kuala Lumpur
9 April 2013 - Weblog M@RHAEN / Laman Reformasi

No comments: