AMARAN! Artikel ini akan mengakibatkan
anda merasa bosan, pelik, aneh, marah-marah dan tidak percaya. Sila
hentikan pembacaan disini sekiranya anda tidak bersedia untuk menerima
info yang dirasakan sukar bagi anda untuk dicerna. Untuk memudahkan anda
memahami apa yang akan saya dedahkan, sila baca artikel-artikel sebelum
ini mengikut turutan:
Part 1,
Part 2,
Part 3,
Part 4,
Part 5,
Part 6.
Saya TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya anda masih juga gagal
memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi. Saya berasa amat simpati
terhadap nasib mereka yang gagal.
1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat Boeing 777-200ER penerbangan MH370
dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) menuju Beijing (PEK)
telahpun dilaporkan hilang daripada radar.
2. Pesawat tersebut hilang ketika hendak memasuki ruang udara Vietnam.
Rakaman terakhir perbualan radio antara MH370 dan juga menara satelit
adalah seperti
disini.
3. Manakala,
ini pula tulisan pertama saya mengenai MH370.
Ini
pula tulisan saya yang ke-3 mengenai MH370 sebelum saya mula secara
serius untuk membongkarkan apa yang terjadi sebenarnya pada MH370.
4. Pada permulaannya, saya telah memberi pendedahan mengenai klu awal misterinya MH370 dalam
artikel ini.
Klu awal tersebut telah saya terima 1 minggu lebih awal sebelum MH370
dilaporkan hilang. Ketika itu saya sedang berada di Terengganu dan
berjumpa dengan seorang 'brader' di sana di Kuala Terengganu. Dialah
yang telah memberikan kepada saya hint awal tersebut. Tidak ku sangka,
MH370 telah hilang genap 1 minggu setelah itu dan klu yang diberikannya
amat berkait rapat dengan kehilangan MH370.
5. Sebenarnya, saya telah banyak memberikan pendedahan kepada anda semua
tentang apa yang sedang terjadi. Saya berasa amat sedih apabila artikel
saya sudah dibaca melebihi jutaan pembaca namun masih ramai yang gagal
memahami apa yang sedang saya sampaikan.
6. Ini telah menunjukkan dengan jelas sekali betapa lemahnya tahap
pemikiran kita dalam kalangan rakyat marhaen ini. Saya memohon maaf
sekiranya kata-kata saya ini menikam hati anda. Saya masih berharap agar
anda semua dapat kembali membaca apa yang telah saya tuliskan daripada
awal hingga akhir artikel ini agar anda dapat memahami dengan baik dan
jelas apa yang telah berlaku.
7. Saya juga turut berpesan kepada anda semua untuk mengamalkan membaca
Surah Al-Kahfi terutamanya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir agar
kita semua dapat menghindarkan diri daripada fitnah dajjal. Saya juga
menyarankan anda semua untuk melakukan solat hajat dan niatkan serta
pohon kepada ALLAH SWT agar anda dibukakan jalan kebenaran dan diberikan
petunjuk serta bimbingan agar anda terhindar daripada fitnah Dajjal
yang akan tiba tidak lama lagi.
8. Untuk makluman semua, artikel yang saya tuliskan telahpun dibaca oleh
banyak pihak dan telah tersebar ke serata dunia. Saya amat percaya,
artikel saya telahpun dibaca oleh Kementerian Dalam Negeri, Majlis
Keselamatan Negara, Special Branch, ahli-ahli politik dan ramai lagi
orang-orang penting dalam negara.
9. Sebenarnya, jika anda meneliti kesemua artikel yang saya tuliskan di
dalam blog ini, saya sudahpun menceritakan hampir 90% jalan cerita MH370
dari awal hingga akhir. Namun, mungkin disebabkan saya banyak
memberikan klu-klu dan juga jalan cerita yang berkias, ia telah
mengakibatkan ramai rakyat yang tidak dapat memahaminya.
10. Saya juga amat yakin, antara jutaan yang membaca apa yang saya
tuliskan itu, ada beberapa orang yang telah berjaya memecahkan segala
kod dan juga memahami segala jalan cerita yang telah saya sampaikan.
Saya mengucapkan tahniah kepada mereka ini kerana telah berjaya memahami
jalan cerita yang saya sampaikan.
11. Saya memohon maaf kepada anda semua sekiranya tulisan-tulisan saya
sebelum ini telah mengakibatkan anda semua gagal memahaminya dengan baik
dan menjadikan fikiran anda celaru. Namun, dalam pada itu saya berasa
amat bersyukur kerana dengan tersebarnya artikel saya, semakin ramai
orang Melayu khususnya telah cuba maju selangkah kehadapan untuk menjadi
seorang yang rajin berfikir dan kuat membaca. Saya juga bersyukur
kerana semakin ramai yang sudah cuba kembali mendekatkan diri kepada
ALLAH SWT dan kembali ingin mendalami ilmu agama Islam serta membaca dan
memahami Al-Quran terutamanya Surah Al-Kahfi.
12. Inilah antara nikmat terbesar yang telah saya kecapi selepas
melakukan beberapa siri pembongkaran mengenai MH370. Sekiranya saya
gagal membongkarkannya dengan tepat, namun saya telah berjaya mendidik
umat Melayu secara tidak sedar agar menjadi orang yang berguna dan
memanfaatkan kurniaan ALLAH SWT yang besar, iaitu akal fikiran. Saya
juga amat bersyukur semua ini terjadi, walaupun ada duka tapi masih
disulami dengan suka.
13. Kemudian pada
28 Mac 2014
saya telahpun mencapai satu titik akhir dalam pencarian saya mengenai
MH370. Saya telah menyedari adanya satu komplotan besar yang telah
dirancang sejak tahun 2013 lagi sehingga tahun ini. Ia telah berjalan
dengan kemasnya tanpa disedari oleh rakyat jelata. Komplotan ini
berlegar di antara orang-orang yang berpengaruh dalam negara kita.
14. Pada 28 Mac 2014 juga saya telah berjaya mencapai satu kata putus
tentang berakhirnya pencarian saya mengenai MH370. Saya telah melihat
adanya satu rancang yang baru dan strategi yang berubah-ubah dari
tangan-tangan ghaib yang mencaturkan bidak-bidak catur negara kita yang
mana rancangan mereka itu akan dilaksanakan dalam bulan April ini yang
mana telahpun saya namakan sebagai Episod Kedua. Rujuk
artikel ini. Episod Kedua ini sebenarnya telahpun bermula seawal 1 April 2014 yang lalu.
15. Apakah yang saya maksudkan dengan Episod Satu dan Episod Kedua?
16. Episod Pertama atau Episod Satu sebenarnya adalah merujuk kepada
satu peristiwa atau tragedi yang dicipta untuk mengalih perhatian rakyat
daripada Episod Kedua yang akan menyusul sebaik sahaja Episod Satu
selesai.
17. Dalam hal ini, Episod Pertama bagi setiap tahun adalah perakara
besar yang terjadi. Bagi tahun 2013, Episod Satunya adalah tragedi Sulu
di Lahad Datu. Bagi tahun ini pula, Episod Satunya adalah tragedi
hilangnya MH370.
18. Episod kedua bagi tahun 2013 adalah PRU-13 dan Episod ke-2 bagi
tahun 2014 adalah sesuatu yang lebih besar yang akan mula dipentaskan
kepada orang awam seawal pertengahan April ini. Saya tidak dapat
menceritakan perkara yang belum terjadi untuk mengelakkan fitnah. Namun,
apa yang dapat saya kongsikan adalah, mungkin terjadinya peralihan
kuasa dalam Episod kedua yang bakal dipentaskan tidak lama lagi nanti.
19. Berbalik kepada isu asal kita iaitu misterinya MH370. Saya telah memulakan artikel saya mengenai MH370 dengan panjang lebar
disini. Artikel tersebut telah ditulis berpandukan beberapa klu awal, antara
ini dan
ini.
20. Sekarang mari saya jelaskan satu persatu mengenai klu di atas.
21. Klu terawal mencatatkan beberapa nama negara dan negeri antaranya
Cina, Sabah, Sarawak, Singapura, JDT, Crimea, Russia, Xinjiang &
Beijing, Vietnam Ca Mao, USA, Malaysia dan Thailand. Rujuk
sini.
22. Saya mulakan dengan Cina. Cina disitu bukanlah merujuk kepada negara
China sebaliknya kaum Cina. Mengapa kaum Cina? Kerana, merekalah role
play utama dalam tragedi MH370. Merekalah yang dominan di dalam MH370.
Mereka jugalah yang telah menjadi punca kepada tangan ghaib mahu
menjadikan MH370 'dihilangkan'. Mereka jugalah yang telah menjadi mangsa
korban paling ramai. Mereka jugalah yang telah bla bla bla bla...
banyak lagi lah.
23. Sabah. Mengapa Sabah? Kerana, Sabahlah adalah lokasi utama siri
pertama insiden Sulu dan Lahad Datu yang mana skrip dan perkara yang
direbutkan adalah sama dengan skrip dan perkara yang direbutkan dalam
tragedi MH370. Dari Sabahlah juga datangnya khazanah yang saya
sebut-sebut sebelum ini dan ia telahpun menjadi rebutan Almarhum Sultan
Kiram III pada tahun lalu, namun gagal. Khazanah tersebut dikawal ketat
oleh ketenteraan elit kita dibawah kelolaan seorang pemimpin negara.
Selain itu, Sabah juga telah menjadi sebuah negeri rebutan Amerika
Syarikat (US) melalui proksinya, Filipina dan mengkambinghitamkan
tentera Sulu yang mahukan kekuasaan yang dipanggil oleh seseorang yang
ternama dalam negara. Sabah juga telah menjadi sebuah negeri yang
dituntut dan mahukan kebebasan autonomi disamping mahu merdeka dan
menubuhkan negara sendiri. Ini semua selaras dengan tuntutan dalam New
World Order (NWO) yang sedang berjalan sekarang.
Maafkan saya sekiranya terlepas cakap kerana saya harus mendedahkan kebenaran.
24. Sarawak. Mengapa Sarawak? Tak banyak yang saya mahu ulas. Anda boleh
lihat betapa TAMAKnya Taib Mahmud. Pemimpin seperti dialah yang harus
ditendang lebih awal daripada berkuasa lebih lama. Sarawak, adalah
sebuah negeri yang telah habis digondol hutan balaknya dan direbut
seluruh kekayaannya oleh seorang pemimpin yang tamak. Sarawak jugalah
sebuah negeri yang dituntut oleh MNLF pada tahun lalu setelah rancangan
mereka mengambil khazanah di Sabah itu gagal.
25. Singapura. Mengapa Singapura? Kerana, inilah satu-satunya negara
dimana disinilah terdapat sebuah pangkalan tentera Isreal yang mana
inilah satu-satunya pangkalan tentera Isreal diluar negara haram Isreal.
Saya sengaja mengeja ia sebagai Isreal sebagai sinisan kepada mereka.
Boleh rujuk
sini
untuk hubungan antara Singapura dan Isreal. Selain itu, Singapura juga
akan memainkan watak utama serta peranan penting sekiranya berlaku
insurgensi di negara kita satu masa nanti.
26. JDT, Johor Darul Takzim ya, bukan pasukan bola tu. Kenapa JDT?
Kerana, Sultan J**** adalah salah seorang Ahli Fr****son peringkat
tertinggi di negara kita. Rujuk
sini.
Mohon ampun andai patik membocorkan rahsia. Sultan terakhir di Selatan
tanah air kita yang mempunyai daulat adalah Sultan Abu Bakar dan setelah
itu tiada lagi daulat di sana. Kesemua khazanah kesultanan silam masih
tersimpan rapi di sana dan dikawal ketat oleh beberapa pasukan elit
askar tidak berdaftar kita. Ada banyak sebab mengapa JDT terkait dengan
hilangnya MH370 secara tidak langsung. Antaranya, 70 ribu warga Beijing
telah dibawa masuk beberapa minggu yang lalu. Saya tidak pasti adakah
semua 70 ribu warga Beijing itu sudah siap masuk atau belum. Ada antara
mereka yang dibawa masuk melalui Singapura. Namun, bagi saya sebenarnya
Fr****son ini hanyalah seperti sebuah kelab atau pertubuhan untuk orang
kaya raya yang berpengaruh untuk bersosial sesama mereka. Ia perkara
normal di mana-mana dunia sekarang ini, kerana apabila anda sudah jadi
kaya dan punya pengaruh besar, anda sukar terlepas daripada genggaman
Fr****son tersebut. Masih banyak soltan yang turut sama menandatangani
keahlian tersebut, namun tidak semua Sultan di Malaysia yang
menganggotainya. Anggap sahajalah ini hanya dongengan dan saya
mereka-reka cerita demi, kebaikan bersama.
27. Hendak menceritakan dengan panjang lebar mengenai JDT ini amat sukar
bagi saya kerana ia berkait dengan hal-hal Kesultanan dalam negara
kita. Ada baiknya anda rujuk seorang peguam yang ditendang oleh Soltan
Tak Ada Daulat tersebut, iaitu
Kamal Hisham JFK disini.
Dia ini antara orang yang sangat lantang dan berani membuat pendedahan
mengenai hitamnya kesultanan tersebut namun suaranya bagaikan ditiup
angin, tak diambil endah oleh orang ramai.
28. Crimea. Mengapa Crimea? Ini hanyalah kebetulan dalam isu MH370. Isu
Crimea sebenarnya adalah isu global. Ia tidak ada kaitan secara langsung
dengan MH370 namun secara tidak langsung ia berkait secara kebetulan
dimana kes Crimea telah terjadi seminggu atau dua minggu lebih awal
sebelum MH370 dilaporkan hilang. Sebenarnya, apa yang terjadi di Crimea
adalah satu cubaan bagi US untuk menjolok sarang tebuan yang besar di
sana, iaitu Russia. US sengaja mengapi-apikan mereka agar Russia
men'deploy' segala kekuatan tenteranya ke sempadan Ukraine bagi melihat
sejauh manakah kekuatan yang dimiliki oleh Russia. Saya sifatkan ini
sebagai salah satu perang dingin antara blok kapitalis-zionis (US,
Isreal, Arab Nation and its allies) dengan blok komunis-syiah (
BRICS
Nation, Iran, Syria and its allies). Perang dingin antara mereka inilah
sebenarnya World War III atau Perang Dunia Ketiga dimana ia sedang
berlaku tanpa anda semua sedari. Perang Dunia Ke-4 akan tercetus
sekiranya salah satu negara dari kedua-dua blok ini terlajak perahu. Dan
MH370 menjadi pemangkin kepada US untuk bertindak menyerang mana-mana
negara dalam blok komunis-syiah yang dia mahukan. Saya melihat Iran
adalah negara seterusnya yang harus diserang oleh US melalui proksinya
bagi menjayakan NWO peringkat akhir.
29. Russia. Mengapa Russia? Kerana, inilah negara tunjang utama kepada
kekuatan tentera antara blok komunis-syiah. Russialah yang menjadi kuasa
besar membantu kekuatan China dan Iran. Antara tiga buah negara ini,
telah berlegar-legar antara mereka hubungan perdagangan tiga hala yang
sangat erat lagi akrab. Sekiranya salah satu
allies Russia diserang, maka sudah pasti Russia akan mengambil tanggungjawabnya untuk
backup its allies.
Lihat perkara yang terjadi di Syria. Russia dan Iranlah antara negara
terawal membantu kerajaan Bashar Al-Assad untuk menentang askar-askar
upahan FSA, ISIS, Jabhat Nusra dan seluruh sekutu mereka yang mana
kesemua paksi yang hadir di Syria menentang tentera Bashar Al-Assad
berjumlah lebih daripada 84 buah negara dan Malaysia salah satu yang
menyertai paksi ini. Kesemua mereka ini adalah bakal-bakal As-Sufyani
yang akan tertegak tidak lama lagi sejurus selepas Bashar Al-Assad dan
kekuasaannya dijatuhkan. Jadi, titik tolak US menyerang negara blok
komunis-syiah bergantung kepada kekuatan antara dua negara besar ini,
iaitu US dan Russia. Setakat ini, pihak US masih belum mengetahui sejauh
mana kekuatan pihak Russia dan antara mereka ini telah banyak berlaku
peperangan intel atau disebut
inteligence warfare.
30. Xinjiang & Beijing. Kenapa dua buah negeri ini? Inilah dua buah
negeri yang terkait rapat dengan kehilangan MH370 dan 1 minggu sebelum
MH370 hilang, brader dari Ganu tu sudah beritahu saya yang orang Beijing
akan buat hal tak lama lagi. Rujuk
artikel ini pada point nombor 16 - 20.
31. Vietnam Ca Mao. Inilah satu-satunya lokasi terakhir MH370 berjaya
dirakamkan dari segi radar dan juga dari segi komunikasi. Rujuk
sini dan
sini
untuk komunikasi terakhir MH370 dengan menara kawalan radar. Vietnam
juga adalah negara paling awal tarik diri dari operasi Search and Rescue
(SAR). Ada ura-ura mengatakan bahawa mereka dah tahu di mana lokasi
MH370 'tenggelam', sebab itu mereka sembunyikan diri dan tak mahu
follow up SAR
yang dijalankan. Vietnam juga dikatakan telah menuntut sebilangan
jumlah wang bagi tujuan mengambil MH370 kepada Malaysia. Wang tersebut
telah diluluskan menurut sumber saya dan ada kemungkinan 'penumpang
masih selamat'. Rujuk artikel
ini.
32. USA. Kenapa US? Kerana, merekalah dalang yang mengambil kesempatan
di atas kehilangan MH370. Saya sudah pernah menceritakan bahawa adanya 2
dalang dalam tragedi ini, salah satunya dalam negara dan salah satu
lagi diluar negara. Dan US mengambil tempat sebagai dalang luar negara.
Bagaimana mereka ambil kesempatan? Agak sukar untuk dijelaskan. Yang
pasti, jawapan yang diberikan oleh Dato Seri Najib pada 24 Mac 2014 yang
lalu mengenai "Pencariah MH370 Berakhir Di Lautan Hindi" adalah sebuah
hint besar bahawa Dato Seri Najib telahpun bersetuju untuk mengikuti
telunjuk US dan Obomba. Kesannya, Obomba akan tiba di negara kita tidak
lama lagi. Dijangka dia tiba di Malaysia minggu hadapan atas tujuan
menuntut 'khazanah' yang ada dalam bumi Nusantara ini.
33. Obomba akan datang sekali lagi atas tujuan-tujuan lawatan rasmi dan juga perjanjia TPPA pada 27 April 2014
onwards.
Ini hanyalah untuk mengkaburi mata dunia. Apa tujuan sebenar Obomba
datang ke sini? Kita akan dapat jawapan selepas beliau berjumpa Dato
Seri Najib nanti. Yang jelasnya saya terlihatkan ada bunga-bunga hendak
menurunkan Dato Seri Najib atas sebab-sebab gagal menangani masalah
global.
34. Thailand. Yang ini saya tak mahu kupas sangat. Sebab tak ada apa
sangat yang penting bagi saya. Apapun, Thailand antara negara yang
paling lewat beri respons mengenai MH370. Dia juga negara yang lewat
hadir dalam misi SAR sedangkan kita berjiran dengan mereka. Bagi saya
ini perkara biasa disebabkan Thailand adalah sebuah negara yang memang
pemerintahannya jenis 'selamba'.
35. Okay, saya tak dapat nak meluangkan masa yang panjang atas
sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Saya akan padamkan
fokus-fokus saya yang lain yang tidak berkaitan dengan MH370. Jadi
disini saya ingin tegaskan, bermula point 36 ke atas, saya akan
ceritakan beberapa isi penting yang ingin saya dedahkan dan saya
sampaikan kepada anda semua. Saya berharap anda dapat memahaminya dengan
baik dan anggaplah apa yang saya sampaikan ini hanyalah sebahagian
daripada pengetahuan am sahaja dan menjadikan anda dalam kalangan orang
yang bersiap sedia menghadapi fitnah akhir zaman.
36. Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 telah dilaporkan hilang dengan kadar
tujahan menjunam dari 30 ribu kaki merudum teruk dan terus terputus
daripada radar. Disini saya amat yakin bahawa pesawat sudahpun tenggelam
tetapi tidak terhempas. Pesawat juga telah meluncur laju dan tenggelam
pada kelajuan yang drastik dan hilang dari pandangan manusia dan
pandangan teknologi yang ada. Ia lenyap dalam kegelapan di Laut China
Selatan. (Andaikan sahaja ini dongengan saya).
37. Kemudian, pada keesokan harinya, secara tiba-tiba satu dunia telah
digemparkan dengan tragedi ini. Pihak MAS lewat melaporkan kepada media
dan kerajaan bukan atas sebab mereka tak buat kerja atau sebab-sebab
lain, tetapi sebenarnya mereka takut tersalah dan takut terputar
maklumat sama ada benar pesawat sudah hilang atau ada tangan-tangan lain
yang menyembunyikannya.
38. Okay, kita keluar sebentar dari berita ini. Pada 15 Mac saya telah
dimaklumkan bahawa kesemua penumpang masih selamat dan masih hidup.
Kemudian pada 21 Mac telah berlaku rundingan akhir yang mana mendesak
untuk Dato Seri Najib memilih adakah dia mahu mengikut telunjuk US dalam
menyelesaikan masalah global ini (MH370 dan Ekonomi negara) atau tidak?
Dan akhirnya, melalui jawapan Dato Seri Najib pada 24 Mac 2014 telahpun
jelas bahawa Dato Seri memilih untuk memihak pada US. Rentetan daripada
itu, kita dapat lihat hubungan baik antara Malaysia, Australia, US dan
sekutu mereka. Semalam satu bentuk dana besar telah dibawa masuk ke
negara kita atas tujuan-tujuan menyelesaikan masalah dalaman yang
berlaku sepanjang pencarian MH370. Dana tersebut masuk daripada negara
barat dan disampaikan kepada salah satu negara yang ikut SAR. Setiap
wang dalam jumlah besar yang masuk ke negara kita akan melalui Bank
Negara Malaysia dan juga satu badan kerajaan yang menyemak data wang
tersebut. Setiap tapisan yang dibuat akan ada 'makan paw' yang terjadi.
Maka, untung bagi mereka sudah jutaan ringgit seorang. Pengakhirannya
nanti akan terjadi ketika Obomba datang pada minggu hadapan kalau tidak
silap saya pada 9 April 2014, ketika itu dia akan menuntut 8 buah
'khazanah' penting daripada negara kita.
39. Sejauh mana kebenaran teori nombor 38 ini, saya pun tidak tahu. Masa
akan menentukannya. Anggaplah ia hanyalah cerita rekaan saya.
40. Kita berbalik kepada point utama.
41. Selepas MH370 tenggelam di Laut China Selatan pada 8 Mac, maka
ketika itulah US telah datang dengan membawa satu skrip baru untuk
merencanakan rancangan-rancangan jahat mereka merampas 'khazanah' negara
kita. Mereka juga telah merangka satu tipu muslihat agar menggambarkan
sistem kerajaan kita yang korup dan goyah serta kegagalan Dato Seri
Najib memerintah dengan baik.
42. Apapun, saya setuju dengan tindakan US ini kerana memang benar
banyak ketirisan telah berlaku sepanjang kepimpinan Dato Seri Najib
serta isterinya sendiri telah melakukan ketirisan paling besar dalam
sejarah pemerintahan negara. Inilah satu bentuk contoh kepimpinan yang
gagal. Hutang negara melonjak menghampiri 600 billion Ringgit Malaysia.
Amat mendukacitakan, telah banyak 'khazanah' yang dileburkan untuk
tujuan-tujuan tertentu mereka disamping mengambil dana daripada US
melalui pemodal-pemodal bisnes dan juga pemain catur utama.
43. Namun, ada satu sudut yang saya tidak setuju apabila US campur
tangan dan mahu menurunkan Dato Seri Najib dalam masa yang singkat ini,
kerana ia akan mengakibatkan satu peralihan kuasa dan akan menjadikan /
mencipta satu cerita / lakon layar yang lebih besar selepas ini. Amat
sukar untuk menaikkan Hishamuddin waima Muhyiddin dalam masa terdekat
ini kerana kaliber sebagai perdana menteri tiada pada mereka. Hanya pada
Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sahaja yang ada.
44. Disini sebenarnya saya boleh mengkategorikan apa yang terjadi dalam
hilangnya MH370 adalah satu rancangan atau skrip yang gagal.
45. Kegagalan skrip ini sebenarnya adalah berpunca daripada ketamakan
para pemimpin yang merebut kekayaan hasil bumi negara. Bayangkan
'khazanah' bertan-tan itu mahu dijual kepada China. Dan sebelum itu
lagi, ada banyak kes yang terjadi yang tak dapat saya jelaskan disini
kerana fokus utama kita adalah MH370.
46. Kegagalan skrip ini sama seperti kegagalan skrip di Lahad Datu pada
tahun lepas. Cuma pemain wayangnya berbeza dan tok dalangnya juga
berbeza.
47. Kalau dahulu di Lahad Datu, tok dalangnya adalah DSAI dan
menggunakan umpan harta 'khazanah' serta kekuasaan autonomi di Sabah,
namun digagalkan oleh orang-orang tertentu.
48. Penggunaan pesawat tempur FA-18 Hornet dalam menabur bom karpet pada
serangan di Lahad Datu adalah satu bentuk sindiran sinis terhadap pihak
US. Ini dibuat atas nasihat seorang yang berpengaruh di negara kita.
49. Namun, setelah kegagalan peristiwa tersebut, Dato Seri Najib (DSN) masih tidak belajar dari kesilapan lampaunya.
50. Saya tegaskan disini, apa yang terjadi dalam MH370 dan Lahad Datu
adalah dua bentuk skrip yang hampir sama tetapi tidak serupa.
51. Lahad Datu memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai tujuan utama. Siapa berjaya menguasai Sabah dia kawal PRU-13.
52. Manakala peristiwa MH370 pula memfokuskan kepada peralihan kuasa dan
perebutan 8 'khazanah' yang disebut-sebut oleh saya selama ini.
53. Bagaimana peralihan kuasa itu boleh berlaku? Masa akan menetukannya.
54. Bagaimana jatuhnya Dato Seri Najib? Itu hanya akan kita lihat selepas Obomba datang ke Malaysia.
55. Bilakah MH370 akan di'timbul'kan ?? Itu juga akan kita lihat selepas
Obomba datang ke Malaysia dan mendapat apa yang dia mahukan, iaitu 8
buah 'khazanah'.
56. Obomba akan datang ke negara kita sebanyak dua kali pada bulan ini jika tiada aral melintang.
57. Obomba datang pertama kalinya untuk rundingan 'khazanah' tersebut
dan kedua kalinya untuk pengakhiran kepada rancangan dan rencana mereka.
58. Percaya atau tidak? Sebenarnya, Malaysia sudahpun berada dibawah
telunjuk New World Order (NWO) sekarang ini yang mana kita telahpun
tertakluk dibawah kekuasaan US - Isreal secara zahiriah.
59. Amat mendukacitakan apabila para Sultan yang ada juga seakan-akan tiada kuasa mahu menentang daripada semua ini berlaku.
60. Amatlah mendukacitakan apabila ada usaha mahu menghapuskan kekuasaan para Sultan secara mutlak.
61. Saya masih bersetuju dengan tindakan Tun Dr Mahatir (TDM) satu masa
dahulu iaitu menurunkan dan mengurangkan kuasa Sultan di Malaysia ini.
Kalau tidak, makin gila para soltan yang tak ada daulat ini yang
tamakkan kekayaan. Amatlah besar dosanya apabila kalian diberi amanah
tetapi melanggarnya! Ingatlah, janji ALLAH dan Rasul itu pasti !
Yakinlah, masanya kan tiba. Balasan bagi para pengkhianat !
62. Namun, seandainya kesemua kuasa Sultan dihapuskan atau dibeli, maka
saya amat berduka cita kerana payung emas orang Melayu akan lenyap.
Seandainya Perdana Menteri sudah mengikut telunjuk NWO, maka kita hanya
ada Sultan sahaja.
63. Kerana, dibawah payung emas Sultan itulah umat Melayu boleh bernaung.
64. Undang-undang darurat pun ada pada kuasa YDP Agong. Ketenteraan pun dibawah kuasanya.
65. Bayangkan kuasa ini ditarik. Bayangkan seandainya YDP Agong juga
'dibeli' untuk menjayakan NWO? Apa akan jadi pada umat Islam di negara
ini? Amat buruk padahnya.... Saya mendoakan agar KDYMM Agong dan para
Sultan yang masih ada agar kembali menjadi pemimpin yang ADIL lagi
SAKSAMA dan TIDAK KHIANAT dalam melaksanakan amanah yang digalas.
66. Berbalik pada cerita MH370. Saya simpulkan jalan cerita seperti berikut....
Rupanya ada penipuan jenayah terancang sblm hilangnya MH370 ini ya....
ada perebutan kuasa utk mengekalkan kekuasaan seseorang dan menukarnya....
khazanah direbutkan....
jahatnya orang yang tamak...
bila penyakit Wahn menghantui diri mereka...
rakyat masih lagi berteriak menyokong mereka... sadis.
Aku berani keluarkan statement pada 15 Mac 2014, penumpang MH370 masih hidup....
dan pada 24 Mac 2014, Dato Seri Najib telah diarahkan untuk keluarkan statement... choose either you take A or B...
then dato seri pilih utk take A for America...
maka terpacullah; "Pencarian MH370 berakhir di Lautan Hindi"
Dan bermulalah episod hitam untuk kita semua....
perebutan khazanah bermula....
26 buah negara membantu SAR menuntut hak mereka...
suatu pencarian yg tak pasti di Lautan Hindi...
sedangkan MH370 sudah tenggelam di LCS...
"Apabila tenggelam tak ramai mati, apabila timbul ramai yang mati..."
Rasulullah SAWAW berpesan kepada kita,
akhir zaman ini ramainya umat Islam bagaikan buih di lautan dan kita
dikerumuni musuh2 kita bagaikan lalat menghurung najis.... kerana adanya
Wahn pada diri kita....
sudah bersediakah kita mengorbankan segalanya utk Agama masing2 ??
67. Mungkin artikel ini agak berterabur sedikit. Mohon maaf daripada
saya. Cubalah baca perlahan-lahan dan cuba tanda point-point penting
dalam keseluruhan artikel ini, nescaya anda akan mendapat jawapannya.
68. Oh ya, saya belum terangkan kenapa US beriya-iya benar mahu beri SAR dalam kehilangan MH370 ni?
69. Ada banyak sebab. Antara sebab terawalnya adalah hendak merebut
'khazanah' yang tak dibawa naik ke dalam MH370 itu daripada jatuh ke
tangan China. 'Khazanah' yang mahu dijual kepada China itu sudahpun
tenggelam bersama-sama MH370.
70. Dengan cara itu, US dapat menyekat perdagangan antara Malaysia dengan China.
71. Mengapa MH370 yang ditarget? Kerana lokasi penerbangannya ke China
dan membawa sejumlah 'khazanah' yang dijual kepada 4 orang Billionaire
yang ada di dalamnya. Memang China target US. Mereka mahu longgarkan
hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang mana telah dibina
dengan baik seawal pemerintahan TDM lagi.
72. Memang benar di dalam MH370 ada 4 tan kargo buah-buahan tempatan
seperti manggis dan ada juga kargo ion-lithium. Tetapi bukan ini
'khazanah' yang dimaksudkan.
73. Biarlah 'khazanah' itu kekal menjadi tanda tanya agar tiada siapa yang tahu antara kita.
74. Kalaupun anda sudah tahu, tiada faedahnya bagi diri anda melainkan mengucap rasa marah terhadap DSN dan Rosmah.
75. Hak-hak penjualan 'khazanah' tersebut kepada 4 orang Billionaire
China ini pada awalnya menurut laporan yang saya terima adalah
kerja-kerja DSN dan isterinya sendiri.
76. Atas arahan seseorang, maka Tok Bomoh VVIP 1 Malaysia harus
dipanggil bagi mencari dimanakah lokasi MH370 tersebut? Ini hanyalah
diversion agar orang-orang yang memiliki ilmu Islam yang hebat tidak
menonjolkan diri. Lantas pihak dunia akan memerhatikan bahawa negara
kita ini hanya ada bomoh syirik khurafat yang dijadikan bahan gelakan
sahaja.
77. Sedangkan dalam negara kita masih ramai orang-orang hebat yang punya
ilmu kasyaf, meraga sukma, tanasalul arwah dan lain-lain kemahiran
menimbulkan dan melihat perkara yang ghaib dari padangan mata.
78. Kemudian, setelah pihak US mengetahui bahawa MH370 telahpun
tenggelam, maka mereka berbondong-bondong datang ke negara kita untuk
memberikan bantuan. Dimulai dengan CIA, FBI dan Interpol bagi mengkaji
kaitan antara pengganas dengan rampasan MH370.
79. Setelah banyak cubaan mengaitkan MH370 hilang disebabkan pengganas
gagal, maka mereka mengubah skrip. Cerita mengenai MH370 harus di'drag'
agar rakyat tidak faham apa yang terjadi sekaligus akan membosankan
orang yang menunggu dan terus menunggu kerana memakan masa yang terlalu
lama.
80. Dalam undang-undang pemikiran masyarakat, masa paling lama bagi
seseorang itu boleh memfokuskan terhadap isu yang sama adalah 3 bulan.
Kebiasaannya bagi orang yang mempunyai tahap pemikiran lemah, mereka
akan bosan dengan isu yang sama selepas 3 minggu. Dan ketika orang
bosanlah, MH370 akan ditimbulkan kelak. Sama ada pihak kerajaan mahu
menimbulkannya atau tidak, bergantung keputusan mereka atas untung dan
rugi daripada timbul atau tidak pesawat tersebut. Jika timbul
menguntungkan, maka ia akan ditimbulkan. Jika tidak menguntungkan, maka
ia akan kekal dalam lembaran sejarah sebagai suatu misteri. Manalah tahu
30 tahun akan datang cucu kita belajar sejarah ada pula tajuk khas
mengenai MH370.
81. Percaya atau tidak, sebenarnya negara kita memang sebuah lokasi
habouring terrorisme dan juga lokasi terbaik sebagai
transit terrorist.
Hal ini diakui oleh intelijen seluruh dunia. Malaysia adalah
satu-satunya negara yang sangat hebat dari segi taktikal perang. Tak
kira perang apa yang terjadi dalam zaman moden ini, anda carilah, nama
Malaysia pasti terpalit.
82. Kerana itulah, teori paling awal dikeluarkan CIA, FBI dan Interpol adalah
hijack dan rampasan pesawat namun cepat-cepat dinafikan. Namun, lama kelamaan ia seakan-akan diakui oleh DSN.
83. Kemudian mereka cuba mengaitkan 2 penumpang yang memakai passport
palsu itu sebagai warga Iran dan pengganas. Bagi saya mereka bukan
warganegara Iran melainkan ejen CIA yang melancarkan operasi mengambil
pesawat kerana mahukan 'khazanah'.
84. Namun, apa yang mereka rencanakan gagal dan pesawat MH370 telahpun tenggelam di Lautan Chian Selatan.
85. Maka, pihak yang paling rugi atas sebab-sebab kegagalan MH370
berfungsi dengan baik sudah pasti pihak US dan juga Boeing serta
Rolls-Royce. Maka sebab itulah para pemodal-pemodal Yahudi yang berada
disebalik
company-company besar seperti Boeing terus mengambil langkah drastik untuk melancarkan 'cut-lost'.
86. Mereka harus drag cerita agar orang menjadi bosan dan tidak ambil
peduli. Sebelum membuat rakyat bosan, harus ditampilkan banyak teori
konspirasi kononnya MH370 dihijack dan dirampas dan dibawa ke Diego
Garcia. Teori-teori lain juga turut berlegar seperti Philips Wood dan
banyak lagi.
87. Akhirnya setelah 3 minggu berlalu, rakyat melihat semua teori itu
gagal menepati jalan cerita MH370 dan pihak berkuasa LANGSUNG TIDAK
mengambil sebarang tindakan selaras dengan mana-mana teori yang
tersebar. Maka rakyat akan menjadi bosan dan mengabaikannya secara
perlahan-lahan.
88. Pihak US sanggup mengeluarkan belanja untuk menanggung kos SAR
walaupun menelan ratusan juta berbanding kerugian akibat tuntutan
kesemua negara yang menggunakan pesawa Boeing sebagai pesawat
penerbangan mereka.
89. Seandai terbukti MH370 itu tenggelam akibat kegagalan enjin atau
kerosakan dalaman, maka sudah pasti pihak Boeing terpaksa menarik balik
kesemua pesawat yang sudah dijual kepada banyak negara dan dibuat satu
ujikaji baru serta membayar pampasan dan insurans kepada semua mangsa
MH370, kepada pihak MAS, kepada pihak Malaysia, China, Aussie dan negara
terlibat serta kepada kesemua pengguna Boeing. Itu sudahpun menelan
ratusan billion kerugian. Lebih baik cut-lost, reka cerita MH370
berpatah balik akibat hijack lah, akibat pilot yang salah lah dan
lain-lain lagi semata-mata agar Boeing tidak menanggung kerugian besar.
90. Maka, ketika itulah pihak intelijen US menghidu adanya 'khazanah'
lain di Malaysia. Sebenarnya dah lama dihidu pun, cuma ambil kesempatan
lah.
91. Ketika mereka
divert cerita MH370 ke Lautan Hindia, telah
berlaku banyak drama antara orang atasan dalam negara dan berlakunya
rundingan-rundingan antara DSN dan pihak-pihak luar. Mereka berunding
bagi menyelesaikan MH370 ini dan menetukan penutup ceritanya serta
pembahagian wang dana serta pemberian / penyerahan 'khazanah' kepada US.
92. Inilah apa yang dikatakan oleh pepatah melayu, "menyelam sambil minum air". Inilah juga masa terbaik untuk menggantikan
puppet di Malaysia ini kepada
puppet terbaru
yang lebih relevan bagi menjayakan NWO peringkat akhir iaitu
mengalihkan kekuasaan dunia dari US ke Isreal. Ops, sebenarnya dah
berlaku pun... cuma yang belum terjadi adalah perang dunia ke-4 sahaja.
93. Ramai orang beranggapan perang dunia ke-3 adalah perang nuklear dan
perang dunia ke-4 adalah perang seperti menggunakan senjata lama. Bagi
saya tidak sama sekali. Perang dunia ke-3 sudah pun terjadi seawal tahun
70-an dahulu. Perang Nuklear juga sudahpun berlaku pertama kalinya
ketika Hiroshima-Nagasaki dibom oleh Atom dari Amerika. Selepas itu
berduyun-duyun saintis dunia mahu
develop uranium sebagai tenaga dan senjata termasuk Iran. Ini bererti, perang teknologi memajukan nuklear sudahpun terjadi.
94. Bagi saya lagi, apa yang akan terjadi dalam perang dunia ke-4 nanti
bukanlah perang nuklear yang ada letup sana sini seperti yang anda semua
bayangkan / gambarkan. Apa yang akan terjadi nanti adalah perang yang
amat aneh seperti penggunaan tenaga HAARP, Particle Accelaration dan
juga Superstring Technology.
95. HAARP adalah sejenis senjata mengawal tenaga unsur alam dan mengawal cuaca. Tealah selesai
develop oleh US. Particle Accelaration pula adalah teknologi seperti
big bang iaitu teknologi zarah kecil boleh membesar dan mencipta letupan. Juga sudah siap
develop oleh US. Manakala teknologi Superstring adalah satu teknologi
black hole dimana
teknologi zarah kecil boleh menyedut banyak benda besar seperti unsur
alam, sumber tenaga dan barang pejal. Teknologi ini belum siap
development dan saya jangkakan seandainya ia selesai
develop,
ketika itulah pihak US akan melancarkan perang dunia ke-4 nya iaitu
perang yang dikatakan sebagai perang yang amat pelik sekali. Dalam
cerita sejarah Albert Einstein pun dia pernah cakap, perang dunia ketiga
itu (sebenarnya keempat) adalah perang yang pelik dan dia tak tahu
bagaimana menggambarkannya manakala perang terakhir akan kembali
menggunakan senjata seperti panah, pedang dan tradisional
matter.
Senjata tradisional akan kembali digunakan setelah sumber tenaga
'disedut' atau disekat atau tamat akibat perang zahir yang terjadi
antara blok komunis-syiah melawan blok kapitalis-zionis.
96. Apa yang sedang US buat sekarang disamping mahu menegakkan
puppet mereka
di Malaysia dan mahu ambil 'khazanah' itu, mereka juga sedang cuba
menekan China agar perdagangan China disekat dan China mungkin akan buat
'dasar tertutup' dalam ekonominya. Pihak Iran misalnya, hendak menjual
minyak kepada China sendiri pun terpaksa melalui syarikat yahudi sebagai
dealer bagi menjual minyak tersebut kepada China.
97. Bayangkan kalau China sudah tak mahu beli apa-apa daripada luar.
Iran pula memang telah lama dikenakan sekatan ekonomi dunia dan
bayangkan lagi bila Bashar Al-Assad sudah jatuh, apa yang akan Iran
buat? Sama ada diserang atau menyerang. Itu sahaja pilihan yang di ada.
98. Kerana itulah sehingga kini, pihak US masih belum melancarkan perang
ke atas mana-mana negara sekutu komunis-syiah walaupun konflik di
Crimeria sebenarnya sudahpun mampu mencetuskan perang. Pihak US masih
lagi ternanti-nanti apakah senjata terhebat yang telah di
develop oleh
pihak Iran - Russia - China. Setakat ini saya kira masih belum ada
mana-mana orang yang tahu apa senjata-senjata hebat yang Russia - Iran -
China bangunkan bersama. Kalau US sudah buat sampai tahap Superstring,
takkan Russia yang hebat dan gah itu langsung tiada senjata rahsia
mereka??
99. Bunga-bunga api harus dimainkan agar ada yang menembaknya. Bila ada
tembakan, barulah kita tahu sejauh mana kemampuan peluru tembakannya
diterbangkan. Ketika itulah siapa yang menembak terlebih dahulu akan
tergadai.
100. MH370 menjadi pemangkin kepada persediaan US menghadapi perang
akhir zaman mereka. Mereka harus menguatkan dari segi ekonomi untuk
menampung belanja perang masa depan mereka. Segala 'khazanah' Nusantara
harus disedut dan diambil selagi mampu.
101. Namun, apakah mereka ini berjaya?? Setakat yang kita lihat, Lahad
Datu GAGAL! MH370 juga turut GAGAL! Saya juga mendoakan agar apa yang
Obomba mahu ambil dari kita tak lama lagi turut sama GAGAL ! Berdoalah
yang terbaik untuk survival umat Melayu-Islam ini.
102. Kerana, kitalah satu-satunya bangsa terakhir yang belum terjajah dari segi peperangan dalam alaf moden ini selain Iran.
103. Saya melihatkan bahawa Iran akan diserang tidak lama lagi. Sama ada
diserang atau menyerang, salah satu daripadanya. Namun masanya sudah
amat dekat. Kerana, apa yang terjadi di Syria sudahpun hampir kepada
kemuncaknya.
104. Seandainya tertegaknya Daulah Khilafah di Syria, ketika itulah Iran akan diserang atau menyerang. Kita nantikan sahaja...
105. Kerana, setiap apa yang sedang terjadi pada zaman kita ini,
sebenarnya sudahpun diberitakan kepada kita oleh Baginda Rasulullah
SAWAW melalui hadis-hadisnya yang tersurat dan tersirat.
106. Apakah 'khazanah' yang mereka rebutkan itu? Bacalah hadis mengenai Sungai Furat.
107. Apakah yang terjadi kepada negara kita? Bacalah hadis mengenai
buih-buih lautan dan Al-Wahn. Mafhumnya, akan tiba suatu zaman kelak
dimana umat Islam bagaikan buih dilautan ramainya, tetapi tidak ada daya
upaya. Kamu akan dikerumuni oleh musuh kamu yang sedang lapar bagaikan
lalat mengerumuni najis. Mengapa semua ini terjadi? Kerana adanya
penyakit Al-Wahn dalam diri kami. Apakah itu Al-Wahn? Cintakan dunia dan
takutkan mati.
108. Saya tegaskan sekali lagi, apa yang terjadi sekarang ini memang
berpunca daripada mereka-mereka yang tamak. Sudahlah menggadai khazanah
negara, mahu pula ambil orang kafir sebagai pendamping dan juga wakil
mereka. Alangkah binasanya jika tidak disegerakan peringatan kepada kita
semua.
109. Saya amat berduka cita setelah mengetahui apa yang terjadi sepanjang MH370 ini hilang.
110. Saya sudahpun sampai ke satu tahap menceritakan pendedahan yang agak lain daripada apa yang orang sampaikan.
111. Inilah artikel yang sangat lama saya fikirkan sebelum saya tuliskan.
112. Sudah tiada apa yang mahu saya perkatakan kerana pada saya sudah
selesai tugas saya membongkar mengenai MH370. Saya sedang menanti episod
seterusnya iaitu kedatangan Obomba ke Malaysia dengan membawa mandatnya
kepada DSN dan orang-orang Melayu yang lain.
113. Saya sedang menanti apakah drama yang akan dipentaskan kelak sebagai galang ganti bagi menaikkan
The New Puppet.
114. Dalam kesempatan ini, saya mendoakan agar anda semua terhindar
daripada fitnah yang menipu serta terlindung dari sebarang fitnah akhir
zaman. Ayuh, sahutlah seruan saya. Kepada yang berugama Islam yang belum
menghafal 10 ayat pertama dan akhir Surah Al-Kahfi, maka hafal lah
daripada sekarang.
115. Kerana, ketika fitnah akhir zaman itu datang nanti, orang-orang
yang membawa fitnah sendiri pun sudah menghafal surah Al-Kahfi.
Sedangkan Dajjal sendiri nanti akan tiba dengan menghafal Quran.
Alangkah bahayanya kita yang surah Al-Kahfi 10 ayat pun masih belum
hafal. Kita sendiri sudah menempah tiket untuk terpalit sama dengan
fitnah akhir zaman.
116. Sementara waktu dan kesempatan masih ada, gunakanlah dengan sebaik
mungkin. Ayuh, ajaklah seramai mungkin kembali menghayati maksud-maksud
dalam Surah Al-Kahfi terutamanya 20 ayat pertama. Fokuskan kepada ayat
13 sehingga 20. Bacalah, fahamkanlah, hafal lah jika mampu. Amalkanlah
setiap hari insyaALLAH. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu, banyakkan
berselawat kepada Baginda Rasulullah SAWAW. Hati-hatilah dengan apa
sahaja dakyah yang mengajak anda kepada perakara yang menjauhkan diri
anda daripada ALLAH SWT.
117. Sebagai kesimpulan, saya dengan sukacitanya ingin menyimpulkan MH370 kepada dua perkara....
A. MH370 sudahpun tenggelam di Laut China Selatan (LCS) atas sebab-sebab
engine failure atau
memang ditenggelamkan oleh pilot sendiri demi membela nasib negara
kerana sebenarnya di dalam MH370 memang ada 2 orang perisik CIA dan
seorang perisik Russia. MH370 tenggelam tetapi tidak terhempas. MH370
tenggelam tak ramai yang mati, bila timbul ramai yang mati. MH370 yang
tenggelam itu masih belum dinaikkan, dan mungkin akan tinggal menjadi
lembaran sejarah. Jika naik pun memakan masa lebih lama. Jalan cerita
bagi kesimpulan ini adalah seperti yang telah disampaikan di atas.
B. MH370 telahpun dirampas oleh ejen CIA dan mereka menyembunyikannya
(menenggelamkannya) di suatu lokasi berhampiran LCS juga tetapi disuatu
kawasan berdekatan pulau yang terselindung daripada angin monsun. Pada
15 Mac 2014, penumpang masih dilaporkan hidup tetapi selepas 24 Mac,
tiada lagi berita mengenai penumpang yang saya terima. Sebagai ganti dan
setelah rundingan berjalan, DSN harus menyerahkan 'khazanah' kepada
pihak US seperti yang dituntut dan akan diambil oleh Obomba pada minggu
hadapan dan DSN akan beroleh pampasan serta bayaran. MH370 akan
di'timbulkan' setelah Obomba pulang mendapatkan apa yang diinginkannya.
DSN juga akan turun takhta secara terpaksa setelah masuk bulan Mei. Sama
ada dipaksa atau terpaksa, kita nantikan drama yang disebut-sebut
sebagai "Episod kedua". Rujuk teori nombor 38.
118. Itu sahajalah kesimpulan yang saya buat sepanjang saya memerhati,
menganalisa dan meneliti segala macam jenis data, dokumen, info, teori
dan spekulasi serta apa sahaja informasi yang saya terima.
119. Seandainya ada mana-mana cerita yang saya sampaikan itu benar-benar
terjadi, maka itu hanyalah kebetulan sahaja. Seandainya cerita yang
saya sampaikan ini tidak benar dan tidak terjadi, maka ketahuilah yang
saya masih lemah dalam menganalisa berita serta tidak mahir mencerna
informasi yang diterima dan andaikan sahajalah apa yang saya tuliskan
ini sebagai dongengan belaka.
120. Saya tidak bertanggungjawab atas kecelaruan kefahaman anda dan saya
tidak pernah sama sekali menyuruh anda percaya apa yang saya sampaikan.
Boleh jadi ada yang salah pada diri anda, boleh jadi ada yang benar
pada diri anda. Terpulang kepada individu hendak menilainya.
121. Apapun, saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang
tidak putus-putus menanti, membaca, menganalisa, menyebarkan dan juga
memerhati segala apa yang telah saya sampaikan dan hidangkan kepada anda
semua.
122. Saya memohon maaf kepada mana-mana individu seandainya pendedahan
yang saya buat ini mengakibatkan anda merasa panas punggung atau
marah-marah. Saya hanya mendedahkannya tak lain tak bukan kerana mahu
melihat Islam terus berkembang mekar di Malaysia ini. Sudah
bertahun-tahun saya menyaksikan ketirisan demi ketirisan yang terjadi
baik dalam pihak kerajaan waima pihak Pakatan Rakyat sendiri, amatlah
menyedihkan apabila orang Melayu-Islam itu sendiri yang melakukannya.
Tidakkah kalian takut kepada ugama kalian?? Tak mengaku berTuhankah
kalian?? Tidak merasa ada Nabi kah kalian??
123. Seiring dengan itu, jalan dan pintu untuk berubah masih lagi
terbentang luas kepada kita sementara masa yang masih ada. Ayuhlah,
sama-sama kita bina kembali negara Malaysia ini dari runtuhannya agar
kembali maju dan menjadi negara yang sering memayunyi orang-orang yang
memerlukan dikala kesusahan.
124. Jadilah pemimpin yang adil dan saksama serta bertanggungjawab
terhadap amanah yang diberikan. Janganlah sesekali berlaku khianat !!
125. Saya mendoakan agar ada dalam mana-mana kalangan pemimpin negara
kita yang dapat membuka jalan cerah kepada negara ini. Janganlah kita
duduk dibawah telunjuk US. Janganlah kalian ambil pihak kuffar itu
sebagai wakil dan pembela kalian. Takutlah akan ALLAH dan Rasul kalian.
Takutlah akan janji Rasulullah SAWAW yang telah diberitakan kepada kita.
126. Percayalah wahai kalian semua, bahawasanya akan datang satu zaman
kelak di mana semua kebathilan akan dihapuskan dan akan tertegaknya
kebenaran itu dibawah paksi-paksi mereka yang mendapat petunjuk. Jadilah
orang yang menerima petunjuk itu.... carilah ia, carilah petunjuk itu.
Carilah selagi mampu !
127. Setakat ini sahaja dahulu pendedahan saya. Dalam kesempatan ini,
saya memohon beribu-ribu kemaafan kepada keluarga mangsa. Saya tidak
dapat menjawab soalan anda sekiranya anda bertanya saya, "adakah mereka
masih hidup?"
128. Doakanlah yang terbaik kepada para mangsa MH370. Doakanlah
keselamatan mereka. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Obomba
selesai melawat Malaysia dan kisah MH370 harus ditutup.
129. Sekiranya berita buruk yang timbul kelak, saya mendoakan kepada
mangsa MH370 yang berugama Islam agar ditempat dikalangan para Syahid
kerana mati dalam kemalangan dan teraniaya. Sekiranya berita baik yang
timbul kelak, maka bersyukurlah kerana ahli keluarga anda boleh
terselamat.
130. Saya mendoakan agar kita semua masih diperpanjangkan usia dan dapat menemui zaman Al-Mahdi, insyaALLAH.
Selamat menghadapi zaman yang menyukarkan !
Alhamdulillah, wa Syukru IlaALLAH. Wassolatu Wassalamu Alaika Ya Sayyidi
Ya Rasulullah... Solaatan Daaimatan Bi Dawaami Mulkillah. WasallALLAHu
Ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad.
------------------------------------
Glosari:
DSN = Dato Seri Najib
DSAI = Dato Seri Anwar Ibrahim
TDM = Tun Dr Mahatir
SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam
Obomba = Gelaran kepada Obama sebagai sinikal orang yang suka mengebom
US = United States / Amerika Syarikat
BRICS = Brazil, Russia, India, China, South Africa (blok ekonomi baru)
NWO = New World Order
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
LCS = Laut China Selatan
HAARP = High-Frequency Active Auroral Research Program
Jutaan terima kasih kepada:
1. Semua pembaca setia yang menanti dan mahu menimba ilmu.
2. Semua keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang-orang yang memberi info.
3. Para media dan wartawan.
4.
Sinar Harian.
5.
Berita Harian.
6.
Shah Paskal.
7. Geng PDM.
8. Geng Abang Ali.
9. Geng MiM Bersatu.
10. Jemaah Gangster Paradise, SYP n the gang.
11. Pihak MAS.
12. Pihak informer.
13. Pihak risikan.
14. Unit Sekuriti.
15. Unit scanner.
16. Unit skimming.
17. Para Kiyai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
18. Para Ahli Kasyaf yang mencari.
19. Para ahli meraga sukma yang terlibat.
20. Brader Ganu.
21. Along Tuah.
22. Para pemerhati.
23. Para haters.
Dan semua yang sudah, telah, sedang, akan membaca artikel-artikel tulisan saya.
Moga ada manfaat dalam setiap apa yang saya sampaikan. InsyaALLAH. Amiin...
Sekian.
Wassalam.
Remember My Name! Bradokapak.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer