Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, May 22, 2011

Kerajaan memang tak bertanggungjawab jika naikkkan RON95 - Khairy

“Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95.

Itu kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO yang tak popular iaitu Khairy Jamaluddin Menantu Pak Lah, Biarpun ada yang berkata hanya berpura-pura tapi hakikatnya nampak rasional juga kerana beliau masih tahu menggunakan akal fikiran..

Jauh bezanya dengan pencacai UMNO yang menzahirkan sokongan terhadap langkah kerajaan UMNO/BN menaikkan harga minyak tersebut.. inilah yang dikatakan sokongan membabi buta, biar diri sendiri kena mengikat perut dan hidup merempat tapi masih menyokong juga..


Kenaikan minyak bebankan rakyat

MACHANG - Pergerakan Pemuda UMNO tidak bermaksud menentang kerajaan dengan membantah kenaikan harga minyak RON 95 dan tarif elektrik.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pergerakan Pemuda UMNO sentiasa menyokong kerajaan namun dalam hal ini, jika dilaksanakan, ia akan membebankan rakyat.

Menurutnya, kenaikan RON 95 dan tarif elektrik akan memberi kesan terhadap barangan lain apabila ia melibatkan rantaian nilai.

“Dalam sebarang keputusan, Pergerakan Pemuda mengalu-alukan gagasan rakyat diutamakan dan kami percaya ada mekanisme lain yang boleh digu-nakan untuk menampung subsidi dan kenaikan harga minyak terbabit.

“Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95.

“Rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol dan tarif elektrik akan menyebabkan mereka terus terhimpit,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Machang dan Pelancaran Gelombang Merah Peringkat Parlimen Machang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pergerakan UMNO Baha-gian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub; Timbalan UMNO Bahagian Machang, Ab-dul Halim Ismail; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang, Datin Rahimah Mohamad; Ketua Pergerakan UMNO bahagian Machang, Eriandi Datuk Ismail dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Machang, Syam-suriani Ismail.

Khairy berkata, dalam menangani masalah sumber kewangan yang dihadapi, kerajaan perlu mengubah gaya perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat.

No comments: