Derma Untuk Dana PRU 13

Monday, October 24, 2011

City bedil United 6-1...Sama macam Pakatan Rakyat akan menang majoriti 6 kerusi dalam PRU-13 nanti.....


BALOTELLI meledak dua gol bagi membantu City membenamkan United 6-1 di Old Trafford.


MANCHESTER - Hasrat Manchester United untuk me rampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Perdana England tidak kesampaian.

Semalam, skuad The Red Devils tewas 1-3 di tangan jiran setempat, Manchester City pada aksi di Old Trafford.

Dua gol City diperoleh menerusi penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli pada minit ke-22 dan 60 sebelum Sergio Aguero meledak gol ketiga sembilan minit kemudian.

Gol saguhati United pula dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke-81.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan City terus kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua.

Sementara itu, Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Stoke City 3-1 di Emirates, manakala Fulham sekadar seri 1-1 dengan Everton di Craven Cottage.

No comments: