Derma Untuk Dana PRU 13

Tuesday, October 25, 2011

Mimpi ngeri Fergie....Adakah Mimpi Ngeri Ini Akan Menimpa Peminat Tegar MU DI Malaysia...?



JURULATIH Manchester United, Sir Alex Ferguson mengakui kekalahan besar anak buahnya ke atas musuh ketat Manchester City 6-1 pada perlawanan malam kelmarin adalah mimpi ngerinya sepanjang berada dalam arena bola sepak.

Kekalahan itu adalah yang paling teruk dalam sejarah sejak 1930 di laman sendiri dan tumpas dengan musuh sama, 0-5 pada 1955.

“Saya kecewa. Ini adalah kekalahan paling besar dalam sejarah. Bagi saya sendiri pun dalam perlawanan tidak pernah tewas 1-6 dan ia memang memalukan.

“Tetapi jangan risau kami akan bangkit semula dan itu adalah cabaran. Perkara yang saya risaukan sekarang adalah gol. Jumlah perbezaan gol adalah 10 dan ia ibarat tamparan hebat buat kami,” katanya.

Bagaimanapun, Fergie mengatakan mereka masih mempunyai banyak waktu untuk memperbaiki permainan dan semuanya akan kembali pulih seperti biasa.

“Januari ini kami yakin pasukan akan kembali seperti biasa. Kami biasanya akan bermain dengan baik pada penghujung musim dan ia memang amat penting buat kami,” katanya.

No comments: