Derma Untuk Dana PRU 13

Thursday, November 17, 2011

Betu Ke Team B Umporno Belasah Team A?


SELEPAS menghasil dan menerbitkan buku berjudul "Najib PM Terakhir" bekas wartawan Shahbuddin Husein mucul pula dengan buku kedua berjudul Kesilapan2 Najib. Saya kira buku ini berangkaian dan merupakan sambungan kepada buku yang pertama.
Kalau dalam buku pertama Shahbudin banyak mengkritik Najib dan memberi kata dua sekiranya Umno tidak dipulihkan kemungkinan Najib adalah PM terakhir dari Umno. Selepas ini mungkin orang Umno tidak berpeluang lagi menjadi perdana menteri.

Dalam buku pertama Shahbudin masih berselindung apakah matlamat dan tujuan beliau menulis. Tampak beliau ikhlas dan mahu melihat partinya itu berada di dalam landasan sebenarnya. Shahbudin masih berkompromi dan sayang kepada Umno. Walaupun sudah ada bunga-bunga kemarahan dan kekecewaan beliau kepada Umno yang diluahkan dalam buku itu tetapi beliau masih bersikap kompromi, dan memberi jalan keluar kepada Umno amnya dan Najib khsusunya.

Shahbudin semacam memberi peluang untuk Najib terus membaiki Umno dan mengembalikan parti itu sebagai sebuah parti yang membela bangsa Melayu.

Tetapi buku kedua ini sudah jelas Shahbudin tidak dapat menyembunyikan isi hatinya kepada Umno. Apabila beliau menyenaraikan kesalahan-kesalahan Najib baik dari segi sikapnya sebagai pemimpin polisi dan dasar diperkenalkan makin terserlah bahawa Shahbudin secara peribadi sudah tidak percayakan kepada Umno lagi. Sebagai ahli parti sepatutnya Shahbudin tidak bertindak demikian kerana ia boleh dianggap sebagai melanggar disiplin parti. Namun kebimbangan itu seperti tidak dipedulikan oleh ahli Umno Bahagian Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini.

Malahan buku ini paling kejam apabila beliau meminta Najib berundur demi keselamatan Umno. Memahami apa yang dituntut Shahbudin ini menunjukkan Najib berada dalam keadaan yang parah dan tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk kebaikan Umno.

Pandangan Shahbudin mungkin lebih jelas permasalahan dalaman Umno kerana beliau adalah ahli parti. Jadi kalau seorang ahli sudah berpandangan demikian sudah pasti Najib mempunyai masalah besar sehingga dia diminta berundur secara terhormat demi masa depan Umno.

Shahbuddin nampak begitu yakin kalau Najib tidak akan mengorbankan diri, berundur ia akan membawa maut kepada parti berusia lebih 60 tahun. Bagi Shahbudin, Najib menjadi liabiliti kepada Umno dan gagal untuk membaiki pulih dengan projek transformasinya.

Apa yang menambahkan keparahan Najib menurut buku yang mengandungi 267 muka surat itu ialah disebabkan lagak dan perangai Rosmah Mansor. Tampaknya momokan pembangkang terhadap Rosmah Mansor yang dikatakan menjadi perosak kepada Najib ikut sama diaminkan oleh ahli Umno sendiri.

Saya tidak mahu memperkatakan lebih dari apa yang saya perolehi dari pembacaan buku berkenaan. Elok kalau ianya dibaca dan dinilai sendiri oleh penjenguk sekalian. Apakah Kesilapan-kesilapan Najib itu. Cari dan fikirlah sendiri apakah ia benar atau pun hanya satu ilusi penulis sahaja yang mahu memburukkan Najib.

Kepada anda yang ingin memiliki buku ini sila klik iklan di side bar di sebelah kiri, dan berhubunglah dengan email yang diberikan. Atau kalau sulit hubungi di nombor telefon 019 2026388. Yang berminat perlu cepat kerana buku yang dibekalkan hanya 50 naskah sahaja.

Buku Politik Terbaru

No comments: