Derma Untuk Dana PRU 13

Friday, December 30, 2011

Beberapa orang ditahan ketika edar risalah Bebaskan Anuar.....

Tanah Merah: Jumlah tangkapan terhadap kempen Bebaskan Anwar 901 hari ini meningkat kepada 11 orang, kebanyakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kata Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.
Beliau berkata, tangkapan itu termasuk Ketua AMK Kelantan kini yang kini ditahan di balai polis Kuala Krai bersama tiga ahli lain manakala tujuh lagi dilokap di balai Tanah Merah.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Amran yang kini berada di balai polis Tanah Merah, berkata penahanan itu dibuat kerana mereka mengedar risalah bertema ‘Bebaskan Anwar 901′.
“Polis memaklumkan, risalah bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ tidak boleh diedar kerana ia bertentangan dengan Akta Mesin Cetak.
Beberapa minit lalu, Keadilan Daily sempat menghubungi Ketua AMK Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman yang memaklumkan penangkapan ahli parti sekitar 3.45 petang tadi.  Laporannya di sini.

No comments: