Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, December 18, 2011

FAKTA!!!! DR MAHATHIR PERNAH MINTA BANTUAN BANK DUNIA (1999) - ANWAR







BACA, FAHAM DAN SEBARKAN. TERIMA KASIH

SUMBER :http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/COUNTRIES/EASTASIAPACIFICEXT/MALAYSIAEXTN/0,,menuPK:324530~pagePK:64030134~piPK:241685~theSitePK:324488,00.html

Dr M didakwa pernah minta bantuan Bank Dunia - Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing. Sumber SINI


No comments: