Derma Untuk Dana PRU 13

Wednesday, December 14, 2011

Hey Shabery Kau Ambik Duit Kerajaan La...Semua Nak Hentam Duit Rakyat...Itu Kerja Kau!!!!!!

Shabery cabar rakyat Malaysia


SHABERY (tengah) bergambar bersama para atlet negara yang menerima Shakam di Kuala Lumpur semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ‘mencabar’ warga Malaysia memberi sumbangan dalam Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki 2010.
Ia bagi menyuntik semangat pada pemain skuad bola sepak negara dalam misi menjulang gelaran berprestij tersebut minggu depan.
Skuad Malaysia yang dibimbing K. Rajagobal akan beraksi menentang Indonesia dalam dua final timbal balik bermula di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad ini sebelum hari penentuan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta 29 Disember.
Ketika kerajaan Indonesia menjanjikan imbuhan RM1 juta kepada semua pemain dan jurulatihnya seandainya muncul juara, namun skuad Malaysia pula hanya mempunyai tabung akujanji tersebut yang kini terkumpul RM88,200 untuk dijadikan suntikan semangat bagi bergelar juara.
Justeru, Ahmad Shabery menyeru semua warga Malaysia termasuk syarikat-syarikat korporat dan swasta agar memenuhi tabung akujanji berkenaan agar satu sejarah baru mengiringi peningkatan sukan bola sepak negara yang dipamerkan ketika ini.
“Saya difahamkan bahawa kerajaan Indonesia menawarkan RM1 juta kepada seluruh skuad mereka jika memenangi piala ini, jadi lebih kurang RM40,000 seorang termasuk jurulatih mereka,” kata Ahmad Shabery pada Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada atlet ke Sukan Asia Guangzhou di Kuala Lumpur semalam.
“Namun kita pula telah mewujudkan tabung akujanji untuk diberikan kepada pemain kita sekiranya muncul juara. Begitupun, hanya enam syarikat persendirian sahaja yang telah berjanji memberi sumbangan.
“Oleh itu, saya cabar semua rakyat Malaysia tidak kira syarikat korporat mahu pun individu, memenuhkan tabung akujanji ini supaya ia menjadi suntikan kepada pemain kita untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya,” jelasnya lagi.
Jelas Ahmad Shabery, sumbangan orang ramai kepada tabung akujanji ini mungkin dapat melebihi jumlah ganjaran yang dijanjikan oleh kerajaan Indonesia terhadap pasukan mereka seandainya semua rakyat Malaysia bersikap ‘sentimental’ dalam misi skuad negara menjuarai sesuatu kejohanan di peringkat antarabangsa.
“Kerajaan Malaysia telah menyumbang RM10 juta bagi pembangunan bola sepak negara dan kalau boleh wang itu kita tidak mahu sentuh, biarlah ia disalurkan kepada program pembangunan sahaja.
“Saya percaya tabung akujanji ini mampu mencapai jumlah yang lebih besar daripada ganjaran Indonesia kepada pemain mereka, itu pun kalau semua rakyat kita memainkan peranan dan menunjukkan sokongan mereka dengan cara yang betul.
“Ini adalah kali pertama kita mara ke final sejak 14 tahun, bukan selalu Malaysia dapat peluang seperti ini untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki buat julung kali. Oleh itu saya harap kita semua dapat memainkan peranan dan sokongan kita kepada skuad negara.
“Apalah sangat kalau kita derma RM1 kepada setiap pemain dan jurulatih kita, berbanding ganjaran terhadap peningkatan yang dipamerkan dalam bola sepak kita,” jelasnya lagi.
Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki 2010 ini dikendalikan oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Pihak berminat boleh menghubungi Pejabat SAM dengan menelefon 03-20780985 (Isnin, Selasa dan Khamis, 10 pagi - 4 petang) ataupun faksimili 03-20706294.

No comments: