Derma Untuk Dana PRU 13

Monday, December 5, 2011

Ikhwanul Muslimim Di Jangka Menang Besar, Apakah Akan Berulang Kembali Seperti Di Algeria Bila AS dan Sekutu Baratnya Masuk Campur???

SEORANG penduduk Mesir mengambil gambar mural lelaki dan wanita memakai penutup mata sebagai simbol tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam.
SEORANG penduduk Mesir mengambil gambar mural lelaki dan wanita memakai penutup mata sebagai simbol tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam.

Keputusan awal pilihan raya Mesir sahkan ramalan kejayaan besar

Keputusan awal pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan termasuk parti Salafi, dengan parti sekular berdepan kekalahan di banyak kawasan.

Perangkaan awal di kawasan yang mengundi di negara itu pada Isnin dan Selasa lalu, mengesahkan ramalan awal parti Islam akan menang sekurang-kurangnya dua pertiga daripada undian.Di Port Said, gabungan parti Islam diketuai pergerakan yang pernah diharamkan, Ikhwanul Muslimin, memperoleh 32.5 peratus undian manakala parti Al-Nur mendapat 20.7 peratus, lapor akhbar Al-Ahram.

Parti Wafd yang berfahaman liberal mendapat 14 peratus manakala satu lagi parti Islam, Al-Wassat, mencatatkan 12.9 peratus, menurut akhbar itu.

Di selatan daerah Laut Merah, parti Ikhwanul Muslimin memenangi 30 peratus undian manakala gabungan sekular Blok Mesir memperoleh 15 peratus.

Keputusan penuh pada awalnya dijadual disiarkan Rabu lalu tetapi di tangguhkan beberapa kali. Suruhanjaya Pilihan Raya berjanji petang kelmarin pada sidang akhbar yang huru hara untuk menyiarkan ia di laman web mereka.
Ada juga peluang bagi pergerakan sekular yang memainkan peranan dalam menumbangkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun Februari lalu selepas 178 hari mengadakan tunjuk perasaan.

Ia bagaimana pun dibayangi Ikhwanul Muslimin yang lebih teratur, amat dikenali penduduk Mesir kerana berdekad menjadi pembangkang kepada rejim Mubarak dan kerja kebajikan dan sosial yang menggalakkan.

Seorang calon liberal, Mohammed Abdel Ghani, memberitahu akhbar Al-Shorouq pergerakannya perlu berdepan dengan propaganda parti Islam yang menyatakan calon bukan parti Islam adalah kafir.

Di Kaherah, bintang pergerakan itu, Amr Hemzawi, memenangi kerusi di daerah Heliopolis tetapi di tempat lain, tokoh revolusi terpaksa bergelut untuk menang.

Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan kembali minggu lalu untuk membantah pemerintahan tentera yang mengambil alih teraju pemerintahan selepas Mubarak meletak jawatan tetapi bilangan berkurang kepada beberapa ratus saja semalam.

Menurut laporan akhbar Al-Masri Al-Yum, tiada calon wanita terpilih dalam pusingan pertama, dengan penyampai televisyen, Gamila Ismail, aktres Tayssir Fahmi dan calon Wafd, Nihal Aahdi, semuanya tersingkir.

Aahdi memberitahu akhbar itu kegagalan calon wanita kerana parti berasaskan agama menguasai masyarakat Mesir dan Ikhwanul Muslimin dan Salafi menguasai keputusan undian.

Ia cuma fasa pembukaan pilihan raya Parlimen yang dijalankan dalam tiga tahap tetapi keputusan menunjukkan aliran politik yang akan membentuk peralihan negara itu kepada demokrasi.

Bagi Dewan Parlimen, seluruh negara akan mengundi dalam dua tahap lagi lewat bulan ini dan Januari. Dewan Negara kemudian akan dipilih menerusi tiga tahap. – AFP

No comments: