Derma Untuk Dana PRU 13

Monday, December 26, 2011

Kak Jat Kata Bukan Dia Sorang Makan duit Rakyat...?






Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat kenyataan terbaru Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoalkan siapakah pemimpin UMNO yang tiada masalah seperti mengiyakan pandangan masyarakat bahawa memang benarlah tidak ada pemimpin UMNO yang benar-benar bersih dari sebarang skandal.

Kenyataan yang keluar dari mulut Datuk Seri Shahrizat Jalil, seorang menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara spontan seperti menyindir semua pemimpin UMNO supaya jangan berlagak bahawa mereka tidak ada apa-apa masalah dan merasa selesa dengan keadaan mereka. Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam UMNO. Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam ucapan Datuk Seri Shahrizat Jalil. Ini kerana rakyat sudah sinonim bahawa UMNO dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati. Kes Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi kayu pengukur bahawa pemimpin UMNO sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.
Selain Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, ramai lagi pemimpin UMNO yang pernah terkait dengan pelbagai skandal. Sebelum ini beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan UMNO pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO sehingga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dakwaan rasuah. Malah, bekas Naib Presiden UMNO sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau.
Dengan isu skandal penyelewengan dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), ramai percaya bukan Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut. Mereka ini patut dipertanggungjawabkan dengan kelulusan projek tersebut dan wajar diambil tindakan.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 pula mendapati pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan di Kementerian-kementerian, agensi kerajaan dan lain-lain lagi. Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.
Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13. Malaysia perlu diselamatkan dari tangan-tangan hitam yang mengotorkan negara dengan rasuah dan skandal yang memalukan negara.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments: