Derma Untuk Dana PRU 13

Thursday, January 12, 2012

Banyak kerja kerajaan umno tak ikut prosedur...

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) akan memfailkan saman pemula sekali lagi jika mesyuarat agung khas KPF yang dijadualkan pada 8 Februari depan diteruskan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) memberitahu, sekiranya notis memanggil mesyuarat diterima ahli KPF, mereka akan terus memfailkan saman pemula.

"Mesyuarat agung KPF, 5 Januari lalu dibatalkan, tapi difahamkan mereka akan memanggil mesyuarat pada 8 Februari depan.

"Kita sedang menunggu notis memanggil mesyuarat. Jika kita terima notis, kita akan terus failkan saman pemula," kata Mazlan selepas menyerahkan memorandum aduan berhubung KPF kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), di pejabatnya di Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung KPF yang dijadualkan pada 5 Januari.

Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli KPF, Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Menurut Mazlan, difahamkan mesyuarat agung khas yang ingin diadakan itu mempunyai tiga agenda penting.

Tiga agenda tersebut adalah cadangan pelupusan ekuiti milik KPF di dalam Felda Holding Bhd dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding Bhd kepada FGVH, cadangan pelaburan KPF di dalam FGVH semasa peringkat pra-penyenaraian dan cadangan melupuskan sebahagian ekuiti KPF dalam FGVH pada tahun ini melalui proses penyenaraian FGVH dan penjualan ekuiti kepada pelabur.

Agenda ini ujarnya menimbulkan kebimbangan kepada pemegang saham KPF kerana ianya bakal menjejaskan kepentingan KPF pada masa akan datang.

"FGVH adalah syarikat pelaburan Felda yang baru wujud beberapa tahun dan sangat diragui keupayaannya. Pelaburannya di luar negara mencatat kerugian RM500 juta sehingga 2010.

"Memperjudikan masa depan KPF kepada FGVH yang latar belakangnya begitu buruk sangat berisiko tinggi," katanya.

Tambah Mazlan lagi, semasa penyenaraian FGVH menerbitkan saham baru sebanyak 20 hingga 25 peratus dan ini menyebabkan kepentingan KPF menguncup sehingga 40 peratus.

"KPF akan menjual 6 peratus daripada pegangan saham yang dimiliki dan pendapatan yang diperoleh dari jualan saham ini diagihkan kepada peneroka sebagai 'durian runtuh'. Pegangan KPF berkurangan ke paras 35 peratus. Adakah ini percaturan yang betul?" soalnya.
Iklan Teks

No comments: