Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, January 8, 2012

Injil tenaga solar dalam simpanan JAIS, kata Hasan


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bukti sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ - yang didakwa digunakan untuk mermutadkan umat Islam - dalam milik mereka, kata ahli exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali.

Apabila ditanya jika sama ada tindakan akan diambil berdasarkan bukti-bukti itu, ahli exco yang exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam itu enggan mengulas lanjut.

"Bukti-bukti ini dimiiki JAIS. Setakat ini tiada tindakan lagi.

"Sama seperti dalam kes DUMC, kami belum memutuskan apa-apa tindakan lagi," kata Hasan (kiri) pada sidang media selepas Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Seremban hari ini.

"Tetapi bukti penting di sini ialah pengakuan orang-orang yang terlibat dalam cubaan memurtadkan umat Islam.

"Saya terpasa kemukakan bukti daripada penduduk yang terlibat, tetapi saya tidak pasti jika saya akan berjaya atau tidak kerana orang-orang ini enggan tampil dan mengakuinya secara terbuka," kata Hasan.

Walau bagaimanapun, Hasan engan melayan soalan lanjut wartawan berhubung ucapannya yang mendakwa bahawa orang-orang Kristian telah menyelinap ke masjid-masjid dengan memakai jubah dalam usaha untuk merapati umat Islam dan mengkristiankan mereka.

Pemimpin PAS kontroversi itu meninggalkan majlis berkenaan secara tiba-tiba sebelum Malaysiakini sempat mengajukan soalan tambahan.

No comments: