Derma Untuk Dana PRU 13

Saturday, January 28, 2012

Panas!! Tembelang Video Seks Fitnah Terbaru Dato' Trio Terbongkar


Muka-muka yang expired dalam Umno
Berkenaan dakwaan video seks fitnah terbaru yang di umumkan Dato' Trio yang mengaitkan dengan Anwar Ibrahim. Dari maklumat yang diterima menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Dato Trio. Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.

Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang kononnya mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut? Mungkinkah Dato' Trio yang melakonkannya?

Atau mungkin Datuk Trio akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula? Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini.

Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa.

Nampaknya, cubaan kali kedua Dato' Trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kali kedua, tidak menjadi kenyataan sebelum video tersebut tersebar pun.

Di edit dari ~ jalanpulang

No comments: