Derma Untuk Dana PRU 13

Wednesday, January 4, 2012

Pelajar UMP Kecewa', Najib Jaga Kawasan Orang Tapi Rakyat Sendiri Derita Isu Air Di Pekan

KUALA LUMPUR, 4 Jan - Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan. “Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah,” kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini (foto). Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP. Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat. Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air. “Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan. “Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah? “Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik,” katanya. Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera. “Seiring dengan slogan ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ yang sering beliau laungkan, maka mahasiswa mohon untuk laungan tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan segera oleh beliau,” katanya. Beliau berkata, isu bekalan air yang bermasalah itu bukan hanya membelenggu dalam kalangan mahasiswa sahaja namun di rakyat setempat juga sengsara dengan masalah keperluan asas tersebut. Harakah
[Apa yang berlaku dan kita saksikan ini sememangnya sungguh memalukan. Inilah dia budaya yang diamalkan oleh ramai pemimpin politik di negara kita terutamanya dari UMNO BN itu sebenarnya. Mereka lebih gemar mencari populariti diluar, sebaliknya di kawasan sendiri mereka ternyata mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat. Isu air sememangnya begitu sensitif buat rakyat Pahang. Media sengaja menyembunyikan isu ini dari pengetahuan seluruh rakyat, tetapi bagi yang menghadapinya mereka lebih mengetahui. Air di Pahang sememangnya bermasalah sejak sekian lama terutamanya di kawasan Felda. Malahan di bandar Kuantan sendiri terjadi masalah bekalan air baru-baru ini, akibat kerosakan teknikal yang berlaku. PM Najib Razak sepatutnya malu dengan rakyat Malaysia apabila gagal menjaga kebajikan rakyat sendiri, sebaliknya menjadi juara di tempat lain. Inilah yang dikatakan "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Fikirkanlah!].

No comments: