Derma Untuk Dana PRU 13

Saturday, January 7, 2012

Penggodam Turki ancam lepaskan gelombang siber

ISTANBUL: Penggodam Turki mengancam untuk melepaskan gelombang serangan siber terhadap laman web Perancis selepas penggubal undang-undang di Paris mengundi meluluskan undang-undang menafikan penghapusan etnik Armenia.

Terdahulu, penggodam menyerang berpuluh-puluh laman web Perancis termasuk laman web milik ahli politik Perancis, Valerie Boyer yang memperkenalkan undang-undang membolehkan individu yang menafikan pembunuhan beramai-ramai itu dihukum penjara.
Kumpulan penggodam, AyYildiz didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan dengan alasan untuk memperjuangkan nilai rakyat Turki.
"AyYildiz tidak menentang Perancis," katanya. "Tetapi jika undang-undang itu diteruskan, serangan lebih serius akan dilakukan oleh banyak kumpulan penggodam lain," kata jurucakap kumpulan itu, Ishak Telli.

Dewan Perwakilan Rendah Perancis meluluskan undang-undang berkenaan pada 22 Disember tahun lalu dan Dewan Senat dijangka mengundi pada akhir Januari ini. - AFP

No comments: