Derma Untuk Dana PRU 13

Monday, February 20, 2012

Al fatihah - Latiff Ibrahim meninggal dunia




KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian.

Taziah kepada ahli keluarga beliau.





Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah ".

Ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," .

No comments: