Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, February 12, 2012

Kerajaan Kelantan akan mula bina lebuh raya KB-KK dengan kos 1.8 Billion





18 Rabi'ul awal 1433H,


KOTA BHARU,12.Feb- Kesungguhan kerajaan Kelantan untuk merialisasikan hasrat rakyat untuk memilki satu jaringan lebuhraya yang menghubungi Kota Bharu ke Kuala Krai kini semakin nyata.
Menurut Pengerusi Jawatakuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa, setakat ini sudah ada lima syarikat yang menyatakan minat mereka untuk membina lebuhraya tersebut.
Husam juga berkata lebuhraya sejauh 73km itu akan mempunyai sembilan persimpangan bertingkat serta mempunyai dua buah kawasan Rehat dan Rawat dan anggaran kos semasa ialah RM1.5 hingga 1.8 billion.
Husam berkata demikian didalam kenyataan akhbar yang disebarkan oleh Pejabatnya semalam untuk siaran media.
“Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat dan pemilihan kontraktor akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas ini “ ujar beliau.
Katanya lagi Insyaallah impian rakyat negeri ini untuk mempunyai jaringan lebuhraya akan dapat direalisasikan setelah projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai yang dicadangkan dalam RMK5 gagal dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.-GK

No comments: