Derma Untuk Dana PRU 13

Wednesday, March 14, 2012

Pakatan mahu RM1.92 bilion wang BR1M diaudit


Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut supaya audit dijalankan ke atas jumlah RM1.92 bilion yang didakwa diagihkan melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

NONEAhli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata audit berkenaan perlu dijalankan memandangkan jumlah yang diperuntuk dalam bajet untuk skim berkenaan hanyalah RM1.8 bilion.

Sedangkan kerajaan tidak mengemukakan apa-apa bajet tambahan untuk membolehkan jumlah tambahan itu diagihkan, kata ahli parlimen PKR itu lagi.

"Jika parlimen sidang ini berakhir dan tidak ada permohonan untuk tambahan bajet, maka jumlah RM130 juta tambahan ini tidak terkandung dalam kelulusan parlimen.

"Bagaimana kerajaan nak justifikasi, dia ambil daripada sumber mana dan apakah kaedahnya," soalnya.

Bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini, beliau berkata Pakatan Rakyat tidak membantah usaha membantu rakyat.

"Tapi kerajaan tidak boleh menggunakan sewenang-wenangnya khazanah negara tanpa mengira sumber yang betul.

NONE"Kita tidak mahu golongan berpendapatan rendah diberi bantuan dengan menggunakan kaedah salah," katanya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini bahawa jumlah RM1.92 bilion diambil daripada sumber perbendaharaan yang telah diluluskan oleh parlimen.

Sejumlah 3.8 juta isi rumah yang merupakan 59 peratus daripada jumlah isi rumah telah menerima bantuan itu, kata Najib lagi.

No comments: