Derma Untuk Dana PRU 13

Wednesday, March 14, 2012

Usahawan dakwa Tabung Haji 'aniaya' syarikat orang Islam

Seorang usahawan mempersoalkan tindakan Lembaga Tabung Haji yang didakwa telah menganiaya usahawan bumiputera dengan menganugerahkan satu projek kepada satu syarikat milik bukan Islam.

Pengarah urusan syarikat milik bumiputera itu, Abu Bakar Hasan mendakwa projek untuk membangunkan sistem giliran beratur untuk urusan kaunter itu pada asalnya telah dianugerahkan kepada salah satu anak syarikat Tabung Haji, Tetha Edge Berhad.

Namun, Tetha Edge sendiri tidak membangunkan projek itu tetapi telah menganugerahkannya pula satu syarikat bukan Islam, dakwanya.

NONEAbu Bakar mendakwa, tindakan berkenaan merupakan perbuatan yang menganaktirikan syarikat milik orang Islam, sedangkan syarikat beliau sendiri, Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd mampu menjalankan projek tersebut.

"Mengapakah syarikat TH yang mengumpul dana dari pendeposit Islam, menganaktirikan syarikat Islam, sedangkan ini adalah keperluan fardhu kifayah?" kata Abu Bakar dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia semalam.

Abu Bakar berkata, syarikatnya Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd juga "teraniaya" dan mengalami kerugian "beratus ribu ringgi" apabila tender itu tidak diperolehinya.

Beliau menjelaskan, Virtual Softnet "secara logiknya" patut menerima kontrak tersebut memandangkan syarikat berkenaan telah ditawarkan oleh TH untuk menjalankan satu projek perintis yang berkaitan dengan projek yang dipertikaikan itu.

Beliau mendakwa pihaknya telah diberikan "harapan yang salah" dan syarikat itu juga telah menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menumpukan kepada projek perintis itu.

Syarikat itu juga mengalami kerugian beratus-ratus ribu ringgit kerana tidak dapat menumpukan kepada peluang di tempat lain dan hanya menumpukan projek perintis itu sahaja, dakwanya.

"Logiknya (tender) itu diberikan kepada kami... Tender mahukan (syarat) kepada syarikat yang mengeluar sistem bagi melayakkan (untuk peroleh tender).

"Kami rasa teraniaya sebab enam bulan kami disuruh buat segala-galanya terhadap projek itu. Akhirnya ia diberikan kepada orang lain," katanya.

Abu Bakar mendakwa pihaknya menawarkan harga "paling murah", sebanyak RM2.3 juta dan berada dalam senarai tiga teratas, berbanding Tetha Edge yang menawarkan sebanyak RM2.4 juta selepas tender tersebut dibuka pada Oktober tahun lalu.

Abu Bakar menjawab beliau pernah bertemu dan mengadu kepada Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismi Ismail berhubung perkara itu pada pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun, Abu Bakar berkata pegawai berkenaan berkata "tidak boleh nak tolong" syarikat berkenaan.

Sementara, dalam sidang medianya di ibu negara semalam, Abu Bakar berkata pihaknya membuat aduan kepada kepada PPIM berhubung pemberian tender projek sistem itu di 120 buah cawangan Tabung Haji di seluruh negara.
Manakala Pengurus Besar Komunikasi Korporat Tabung Haji, Anis Zuhani Ahmad, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut secepat mungkin.

No comments: