KAHERAH: Seseorang
suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri
mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.
Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.
Parlimen
turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah
diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat
pendidikan serta pekerjaan.
Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.
Ketua
NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status
wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis
kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan
kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan
usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu
hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila
seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan
seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.
Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.
Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.
Usul
di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar
“Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen
Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.
“Ia tidak boleh diterima.
“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya.
-DM-
No comments:
Post a Comment