Derma Untuk Dana PRU 13

Tuesday, May 22, 2012

BERSIH 4.0 dicipta Ahli UMNO yang juga kawan rapat Noh Omar..

  

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 pada hari Khamis dan Jumaat adalah ahli Umno.


“Jamal ialah ahli Umno bahagian Tanjung Karang”, kata pegawai khas Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar,  Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.

Ahmad yang juga bekas ketua bahagian Umno Selayang turut menambah bahawa Jamal rapat dengan Noh.

Jamal, 41, mula mendapat perhatian media pada minggu lepas apabila beliau mengumumkan kepada media bahawa Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur akan menganjurkan protes di dalam bentuk pasar malam pada hari Khamis dan Jumaat ini di hadapan rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga di Damansara, Kuala Lumpur.

Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes ‘duduk dan bantah’ Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Jamal memiliki 25 buah syarikat perniagaan.

Beliau yang memiliki rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan mempunyai banyak cawangan khususnya di Lembah Kelang.

Free Malaysia Today

No comments: