Derma Untuk Dana PRU 13

Tuesday, May 8, 2012

Hukum Demontrasi harus kata Yusof Qardawi...?



Pengerusi Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali berkata beliau tidak dapat mengulas pandangan ulama disegani Yusuf Al-Qaradhawi yang menyebut bahawa perbuatan menyertai demonstrasi sebagai satu perkara harus bagi orang Islam.

Namun, beliau berkata pandangan Qaradhawi itu tidak hanya terhenti setakat mengharuskannya sahaja.

Ditanya lanjut, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu kerana beliau bukan ahli fuqaha.

Namun, beliau tetap mempertahankan keputusan Ahad lalu oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan menyertai demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan.

"Tak perlu ragu, kita lantik mereka mesti sebab mereka berilmu... Ada di antara mereka yang hafal hadis dan hafal al-Quran.

"Fatwa ini bukan senang-senang, saya tahu bukan mudah. Entah berapa kitab yang mereka rujuk," katanya.

Beliau juga percaya keputusan jawatankuasa itu hanya merujuk kepada perhimpunan seperti BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu.

Jelasnya, beliau tiada masalah dengan tujuan asal perhimpunan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Tapi bila sampai ke lapangan, hendak merdekakan Dataran Merdeka, jadi mini revolusi pula yang hendak diketengahkan," katanya.- Msiakini

No comments: