MELAKA - Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata
kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta
haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0
di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu. "Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang
menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0. "Saya
telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun
berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum
kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat
sini.
Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan
Minyak di sini malam tadi. Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk
memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan
penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.
"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan
mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan
penempatan baru. "Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut
dikurangkan.
"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap
demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar Menurut Ustaz Mokhtar,
kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di
Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.
No comments:
Post a Comment