1. Fitnah.
2. Rekaan sendiri. Aku cipta guna word.
3. Takde bukti itu dokumen benar.
4. Tipu
Aku mula2 cuba gak bersabar. Tapi last2
aku dah hilang sabar bila terdapatnya individu BANGANG yang cakap nak
REPORT polis sebab aku upload dokumen tersebut. Dia nak report yang aku
rasa alasannya sebab sebarkan dokumen palsu. Apa lah bangang sangat
manusia tue. Korang boleh lihat kisah selanjutnya disini.
Sekarang neh, meh kita bincang isu neh
dalam2. Jangan dok pongpang cakap orang nak mendengki korang dapat rm15k
atau apa. Takde masa aku nak DENGKI kejayaan korang dapat rm15k pun.
Sedangkan rafizi cakap korang boleh dapat rm50k. Orang nak tolong korang
dapat rm50k, korang cakap orang nak dengki korang dapat rm15k?
Kalau dengki, kita orang biarkan je lah
korang bangang2 dapat rm15k. Apa nak susah? 50k lagi banyak dari 15k
apa. Yang kena TIPU, TERTINDAS dan DIPERDAYA tue korang. Bukan aku. Yang
RUGI tue korang, pun bukan aku.
Aku rasa takan ada orang yang BANGANG2
nak merelakan diri DI MAKI2 dan DI HINA2 oleh orang2 yang berotak BAHLOL
macam korang neh semata2 sebab DENGKI. Tapi disebabkan kita orang
bukan ORANG BANGANG tapi orang yang sedang MENENTANG penipuan dan
KEZALIMAN, maka kita orang terpaksa juga sedikit sebanyak berhadapan
dengan orang BODOH dan BEBAL ketika menunjukkan korang perkara
sebenar.
Seterusnya samada korang nak akur DITIPU
atau mahu membebaskan diri daripada ditipu itu korang punya pasal.
Ingat, yang RUGI tue korang bukan aku. Aku satusen pun takde effect apa2
bila korang tanggung kerugian apa seme pada masa akan datang. Ketika
itu janganlah korang melalak2 meroyan sebab rm15k yang piem bagi dah
habis, harga saham pula tak konsisten sebab turun naik dan terpaksa pula
menanggung beban pembayaran di bank. Aku taknak campur pada saat itu.
Sendiri yang pandai2 buat keputusan so sendiri lah tanggung.
Sebelum segalanya terlewat, kita bagi
dulu langkah2 keselamatan. Kita neh sekadar nak membantu sesama rakyat.
Takan lah kejam sangat kita orang neh pada korang, after all kita seme
neh terkelompok dalam satu kumpulan yang sama iaitu RAKYAT MARHAEN.
Kalau bukan kita yang nak TOLONG kita, sapa lagi?
Dalam isu FELDA neh, korang lihat dulu beberapa dokumen perjanjian yang aku dapat menerusi EMAIL.
Sapa yang bagi neh? Takan orang LUAR
pula. Mestilah orang2 dalam FELDA sendiri. Jadi jangan SEMBANG kencang
kononnya pihak luar yang cuba nak melaga2kan warga felda. Takde masa aku
nak buat kerja BODOH tue.
1. Dokumen neh ada banyak. Dia cuba scan beberapa yang penting. Lebih tepat KEYPOINT kenapa perjanjian neh dianggap FISHY.
2. Semua orang tahu HARGA SAHAM mana ada
KONSISTEN = STATIC. Kalau ada TURUN mestilah ada NAIK kan. Dan begitu
juga sebaliknya. Apatah lagi ia melibatkan KOMODITI seperti MINYAK
MASAK SAWIT neh hah.
3. Kat atas neh mengisahkan perjanjian
pinjaman dengan BANK. Pinjaman neh merujuk kepada PEMBELIAN SAHAM oleh
peneroka felda ke atas saham terbitan FGVHB. Memang kalau dah berani
pinjam kena lah berani tanggung risiko kalau gagal bayar balik kan. BANK
sudah tentu akan membuat perjanjian2 yang menyebelahi mereka. Aku tak
salahkan bank kat sini. Ini adat orang berniaga. Mana ada orang nak
RUGI. Tapi aku persoalkan pegawai2 felda yang terlalu mendorong
peneroka2 neh agar sign. Kenapa?
4. Kat sini yang aku FAHAM setelah meneliti kes neh ialah ;
- Peneroka kena setuju bahawa dorang
mengadaikan/memajakkan tanah mereka kepada FGVHB. Itu satu kes yang
lain. Bagi menyenaraikan FGVHB.
- Peneroka juga kena beli saham yang diterbitkan oleh FGVHB. Ini juga satu kes yang lain.
Betul tak? Aku dah timbang, selidik,
baca dan analisis. Ini yang aku nampak. Oleh kerana dokumen kat atas neh
diterbitkan dalam bahasa english, maka ramai juga peneroka2 yang tak
faham.
Namun, ada juga yang berjaya DIHASUT
oleh pegawai2 FELDA agar SIGN jek perjanjian tersebut sebab diberitahu
tidak akan merugikan sesiapa. Sekarang fikir. Ko SIGN = ko PINJAM. Lepas
SIGN = ko dapat PINJAMAN = untuk beli SAHAM.
Lihat juga dokumen kat bawah neh ;
Surat tanggungan kerugian. Baca lanjut tentangnya disini.
Oke, selesai satu isu. Sekarang dari
mana pula Najib razak cakap bagi RM15K kepada setiap peneroka2 felda
tue? Yang neh lah aku percaya, duit yang korang dapat tue ialah HASIL
PEMAJAKKAN TANAH korang kepada FELDA untuk disenaraikan sebagai FGVHB.
So kalau ko pajak tanah = takan satusen pun ko tak dapat?
Kalau gitu, bak lah pajak tanah kat aku.
Seronok gak aku dapat tanah percuma untuk beberapa tahun. So yang neh
lah yang si RAFIZI dok pongpang2 cakap sepatutnya PENEROKA dapat
50ribu, bukan 15ribu. Yang bab tue korang baca sini lanjut.
Dan, setelah melakukan analisis, aku percaya bahawa kisah keseluruhan kes neh adalah seperti berikut ;
1. Mula2 peneroka kena pajak tanah.
Pajak tanah = dapat duit = rm15k. Sapa tak setuju sign takan dapat duit =
sekaligus penyenaraian FGVHB gagal. Jadi 15k bukan durian runtuh tapi
duit korang sendiri setelah bersetuju untuk memajakkan tanah.
2. Selepas tue korang juga kena SIGN
pinjaman untuk membeli saham. Korang kena SIGN dengan 8 BANK utama
malaysia, yakni korang MEMINJAM untuk beli saham.
3. Dan, duit pinjaman tue nanti akan disalurkan terus kepada FGVHB. Harga seunit saham ialah = rm4.65.
4. FGV telah mengeluarkan pelan
perancangan yang menyatakan mereka akan menjual pegangan saham mereka
sebanyak 59% kepada pelabur2 baru.
5. Dan FGV juga menyatakan bahawa mereka
akan menerbitkan saham2 baru yang berjumlah 980,000,000. Saham2 neh
akan dijual kepada pelabur2 baru.
6. Saham2 baru neh lah yang aku PERCAYA dijual kepada peneroka2 felda.
7. Dan jika ini betul, ini bermakna
peneroka2 felda telah meminjam untuk membeli saham2 dalam FGV yang juga
akhirnya menjadi satu NILAI = WANG yang mana disifatkan oleh NAJIB
sebagai DURIAN RUNTUH untuk disalurkan kepada peneroka semula.
Faham tak? Aku buat kesimpulan mudah.
Peneroka gadai tanah = bank bagi pinjaman beli saham = peneroka bagi duit pinjaman kepada FGV = najib bagi duit pada peneroka.
Nampak tak? Kalau lah ini benar, maka
ini membuktikan dari awal lagi, tiada sesiapa pun yang dapat apa2 yang
disifatkan sebagai durian runtuh. Apa pun ini adalah analisis dan
penaakulan aku sendiri. Korang boleh percaya dan boleh taknak percaya,
tapi aku cadangkan sesiapa yang terlibat dalam hal neh bersegera lah
melakukan siasatan mendalam untuk mencari kebenaran muktamad.
Jika rasa ragu2, rasa kena tipu, dihasut
agar sign, dipengaruhi untuk sign, sign tanpa faham butiran lanjut,
atau apa sahaja, jangan lupa hubungi ANAK disini. Ingat, jangan biarkan diri sendiri DITINDAS atau DITIPU. Biar miskin, daripada hidup diperguna2kan oleh orang2 kaya.
Ameno : Kes neh sama macam sara1malaysia k
No comments:
Post a Comment