Bapa Lee Chong Wei cuba membunuh diri, tetapi pihak polis berjaya
mengagalkanya sebanyak 2 kali.Lee Ah Chai berusia 59 tahun itu yang
menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri
berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun
digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah
berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi
laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi
ini.
Sepasukan peronda polis bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang
memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45
pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba
terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya
menyelamatkannya, katanya.Lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Cubaan membunuh diri kerana beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga
kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya, katanya.-
No comments:
Post a Comment