Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, June 17, 2012

Gambar Kekayaan Zamil Agen Umno!!





Ibrahim seorang ahli perniagaan yang berjaya berdiri didepan banglo mewahnya RZ Villa yang terletak di Zamil Bin Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani….
Sewaktu Ezam meluangkan masa turun membantu jentera BN di Bukit Selambau, beliau berkesempatan menziarah sahabat lamanya di Sungai Petani.

Kebetulan pula, Bilik Gerakan utama Penerangan UMNO-BN dan tempat penginapan petugas-petugas yang terletak di Sungai Petani terlalu berhampiran dengan kediaman sahabat lama Ezam, yang dimaksudkan adalah Zamil Bin Ibrahim, bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Kedah dan jawatannya yang terakhir sebelum meninggalkan PKR, beliau merupakan Pengarah Strategik Pilihanraya 2008 PKR Bahagian Merbok.

Ezam bersama rombongannya telah diundang makan tengahari sebelum mereka berangkat menuju ke Bukit Gantang meneruskan tugas membantu kempen pilihanraya disana pula.

Zamil Bin Ibrahim mengambil keputusan untuk tinggalkan parti yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana beliau yakin bahawa Anwar adalah PEMBOHONG Nombor Satu Negara Malaysia.

Upacara khas meninggalkan PKR pernah diadakan oleh Zamil bersama sama ratusan ahli ahli parti itu di Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani pada 24 Ogos 2008. 


“ setelah saya tinggalkan perjuangan sia sia Anwar Ibrahim, lebih banyak masa dapat difokuskan kepada perniagaan saya, dan alhamdulillah dengan izin Allah swt, rezeki semakin mencurah curah hasil kerja kuat saya sekeluarga…” jelas Zamil yang memulakan cerita.

“ waktu dulu selama 10 tahun, terlalu banyak masa saya dan rakan rakan habiskan untuk parti, sehinggakan pernaigaan saya terabai dan tidak dapat diuruskan dengan baik..” kata Zamil sambil menunjukkan beberapa album foto simpanannya bersama Keadilan.

Tambah beliau lagi “ akhirnya apabila Anwar sihat wal-afiat, dia kembali kepada perangai buruk lamanya, mengamalkan kronisme dan nepostime, padahal dia yang suruh kita serang kerajaan kata dasar pentadbiran kerajaan kununnya tak betul…”

Menurut Zamil, ramai ahli ahli dan pemimpin Keadilan yang menjadi mangsa dan malah ada yang merengkuk kesusahan seperti hilang mata pencarian, tergadai harta benda, terputus hubungan keluarga sepanjang tempoh memperjuangkan pembebasan Anwar suatu ketika dahulu, namun apabila keadaan parti PKR semakin kuat, Anwar hanya membantu beberapa kerat orang orang yang “terpilih” sahaja.

“ Anwar ni pembohong! Kalau dia kata dia nak tolong golongan bawahan yang susah seperti nelayan, petani dan sebagainya…, jangan nak temberang lah! Suruh Anwar pergi jengok nasib ramai pejuang pejuang reformasi yang sekarang hidup susah sebab terlibat dengan pejuangan nak membebaskan dia dulu…” tegas Zamil.

Kini kehidupan Zamil lebih banyak menghabiskan waktu dengan urusan perniagaannya yang berkembang begitu pesat sekali sehingga beliau kerap juga berada dibeberapa negara rantau Asean seperti Thailand, Myanmar dan Indonesia. Namun begitu sikapnya yang merendah diri dan tidak pernah lupa zaman kesusahan membuatkan beliau amat disenangi dikalangan teman teman terutamanya yang seangakatan dengan era reformasi bersama Pemuda Keadilan.

Diakhir perbualan dengan Blogmaster, Zamil berpesan “ kalau kita nak berjaya dalam hidup ini perlulah amalkan tiga [3] perkara iaitu; Sembahyang jangan sesekali kita tinggal, Kenalah rajin membaca agar luas ilmu pengetahuan kita, Kepada anak anak kita haruslah kita pastikan jangan sesekali ponteng sekolah…., insya allah boleh berjaya macam saya…”


Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip sedang berposing bersama kereta Rolls Royce kesayangan Zamil.

Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya setelah selesai makan tengahari bersama teman teman yang lain

Motosikal berkuasa tinggi Gold Wing Honda milik Zamil ini telah mencuri perhatian Ezam dan teman teman, nombor pendaftaran 56 membawa maksud rukun islam dan rukun iman, jelas pemiliknya...

Zamil bersalaman dengan tetamu tetamu sebelum mereka meninggalkan perkarangan banglo mewahnya dan meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang…

No comments: