Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli
Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi
diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen
Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan
Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.
Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut
berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala
Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan
YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB
Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.
No comments:
Post a Comment