SHAH ALAM – Di sebalik desas-desus lompat
parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri
Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog
Twitter.
"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin
sekitar jam 11 pagi tadi.Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada
beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum
Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi
diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN)
akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai
parti mesra perikatan itu.
Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu
lalu.Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau
terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya,
lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil
menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya
masih kena jawab."Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun
@anwaribrrahim adalah palsu.
"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar
Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha
Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman."
Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.[SH]
No comments:
Post a Comment