Derma Untuk Dana PRU 13

Thursday, October 4, 2012

Graduan hendak kerja bukan telefon


15 Zulkaedah 1433H,

Bajet 2013  selamat dibentang pada 28 Sept 2012 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Bajet terakhir untuk umpan pilihanraya ke 13.
Semua peringkat diumpan daripada pegawai kerajaan, rakyat pendapatan RM3,000 ke bawah, pelajar, mahasiswa, orang bujang semuanya dapat.
Bajet sudah defisit 15 tahun berturut-turut, tahun 2013 defisit RM21.6 bilion. Hutang negara 2012 sebanyak RM502 bilion, meningkat 107.4% sejak 8 tahun.
Tidak ada pula usaha untuk mengurangkan defisit, sebaliknya wang ditabur seolah-olah pasir Malaysia semuanya emas.

Bagaimana nasib 76,200 siswazah yang masih menganggur, 10,200 orang pemegang ijazah pendidikan tidak ditempatkan lagi, graduan JQAF sejak bulan Jun 2012 tamat tidak dapat kerja lagi.
Kebiasaan guru-guru ini akan ditempatkan sebulan setelah tamat latihan selama satu tengah tahun. Tiba-tiba kerajaan umumkan JQAF diperlukan sebanyak 3,000 orang lagi bagi tahun 2013.
Paling malang sekali ialah seramai 1,118 orang juruterbang tempatan bertauliah tidak ada kerja, kerana tidak ada kapal terbang.
Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapat lesen, tiba-tiba peluang pekerjaan tidak ada.
Jikalau macam ini lebih baik mereka ambil lesen lori dengan yuran RM1,500 apabila tamat latihan dapat gaji RM3,000 sebulan.
Ini belum lagi dikira graduan kejururawatan yang terpaksa menghabiskan wang lebih RM60,000, apabila keluar terpaksa menganggur kerana peluang pekerjaan tidak ada.
Senario ini menggambarkan gagalnya kerajaan BN menguruskan keperluan tenaga, kerana yang penting ialah untuk memberi peluang kepada kroni, sedangkan rakyat marhaen menderita.
Graduan ini yang rata-rata meminjam daripada PTPTN.
Menurut Pengerusinya, Datuk Ismail Said sehingga Oktober 2011 seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam telah disaman oleh mahkamah. Seramai 132, 801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh ke luar negara.

Datuk Seri Najib kena fikirkan jalan keluar dan menyelesaikan masalah pelajar ini, dalam usia muda telah  menanggung hutang. Bukan hanya menggula-gulakan anak muda  dengan rebet RM200 untuk membeli telefon 3G. Ini hanya sedap sementara tetapi derita sepanjang usia.-HD

No comments: