BANGKOK: Seorang isteri tergamak mengupah kekasihnya termasuk seorang lagi teman mereka untuk membunuh suaminya.
Mangsa, Stephen Phillips, 59, dari Torquay, Devon, yang berkahwin dengan
wanita warga Thailand, Wilaiwan, 29, ditembak mati berhampiran rumahnya
di kampung terpencil di Baan Phai, kira-kira 250 kilometer utara-timur
Bangkok ketika sedang menaiki motosikal.
Jurucakap polis berkata, sehari sebelum kejadian itu, isterinya telah
meminta £7,000 (RM34,393) dari suaminya dipercayai untuk membayar upah
kepada pembunuh suaminya.
“Ia bermotif wang kerana mangsa baru mengeluarkan wang polisi insurans
berjumlah £200,000 (RM982,658) dan terdapat £12,000 (RM58,959) transaksi
sepanjang minggu lalu,” katanya.
Hasil soal siasat terhadap pengeluaran wang tersebut, isterinya
menafikan sejumlah pengeluaran wang itu dilakukan kerana mereka telah
ditipu melalui skim pelaburan atas talian.
No comments:
Post a Comment