Derma Untuk Dana PRU 13

Tuesday, October 9, 2012

Orang PAS tak suka bincang pasal calon...tp klu orang luar nk bertanding ramai yang setuju

Nik Abduh enggan komen isu calon
SAPINAH AB GHANI
9 Oktober 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU- “Jadi calon ini soal sensitif. Baik tak payah sentuh. Orang Pas tak suka. Saya tak nak komen sama ada saya akan bertanding atas tiket kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun),” kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata demikian ketika mengulas khabar angin mengatakan beliau mungkin akan bertanding mewakili Pas kawasan Bachok atau Kubang Kerian.
Menurutnya, persoalan mengenai kerusi parlimen atau Dun serta di mana beliau akan dicalonkan tidak perlu dibincangkan secara umum.
Pencalonan Nik Abduh mewakili Pas Bachok dikatakan timbul apabila penyandang Nasharudin Mat Isa dikatakan tidak lagi menjadi pilihan ahli parti dan penyokong Pas Bachok berikutan beberapa isu yang mengaitkan diri beliau sebelum ini.

Nama Nik Abduh juga dikaitkan dengan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang disandang oleh Salahuddin Ayub memandangkan penyandang dikatakan akan kembali ke negeri asal Johor sebagai calon Pas di sana.

Nik Abduh sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dikehendaki parti.
Anak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, soal beliau dipilih kerana kedudukannya sebagai anak Nik Aziz tidak timbul sebaliknya menegaskan pemilihan calon oleh parti dibuat atas dasar kebolehan dan kelayakan mereka.

”Isu kroni adalah isu lama yang sering tercetus menjelang pilihan raya sedangkan umum mengetahui setiap keputusan bergantung kepada parti. Terpulanglah sama ada bersetuju atau sebaliknya,” katanya.
Selain Nik Abduh, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga menantu Nik Abdul Aziz turut disebut bakal menjadi calon (Pas) pada pilihan raya umum akan datang.

No comments: