Derma Untuk Dana PRU 13

Friday, October 19, 2012

Rais Yatim:Ramai pengkhianat dalam JASA...

JASA dikhianati - ada duri dalam daging?


Rais dan Fuad perlu kenalpasti petualang!

KEBANJIRAN penyokong-penyokong pembangkang ataupun agen-agen asing dalam kerajaan maupun agensi-agensinya bukan lagi menjadi rahsia umum malah ada yang secara terang-terangan,.secara terbuka dan tidak segan silu lagi mendokong prinsip perjuangan pembangkang walaupun mereka ini menerima gaji,elaun dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah.
Mencari mereka dalam pentadbiran kerajaan mungkin memakan masa yang agak lama kerana sikap mereka yang seperti gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam tetapi  kita agak terperanjat apabila agensi seperti   Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  yang secara total menggerakkan agenda parti pemerintah juga turt dihuni oleh kakitangan yang bersikap seperti talam dua muka ini.
Kalau sebelum ini didedahkan agensi-agensi lain seperti BTN dan jabatan kerajaan lain turut dihuni oleh manusia-manusia yang bersifat talam dua muka ini kali ini  JASA pula dibuktikan ada kakitangan mereka yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait dan cukup merbahaya kalau kakitangan JASA ini terus kekal di jabatan sedia ada ataupun di dalam JASA itu sendiri.
JASA di bawah kawalselia Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan serta dipimpin oleh Fuad Hassan.
Dalam usaha sebahagian besar kakitangan JASA ini memacu untuk menarik sokongan tanpa berbelah bagi rakyat kepada kerajaan sedia ada rupa-rupanya ada dari kalangan mereka yang menggunakan media social terutama sekali Facebook untuk menyerang kerajaan dari dalam dan menyokong parti pembangkang.
Kita hairan bagaimana pengurusan JASA boleh terlepas pandang sebelum melantik mereka ini dan ditempatkan di bahagian yang cukup strategic iaitiu Bahagian Kewangan dan menggunakan kemudahan sedia ada mereka yang dimaksudkan menyatakan endirian secara terbuka terutama sekali kepada arti PAS.
Cuba lihat pembangkang di negeri-negeri yang mereka perintah,sebelum menerima kakitangan baru,mereka menapis segala maklumat serta latar belakang sebelum menawarkan sebarang jawatan yang dipohon tetapi jauh berbeza dengan kerajaan Barisa Nasional termasuklah agensi-agensinya menerima sesiapa sahaja tanpa menyelidiki  latar belakang adakah mereka itu agen,penyokong pembangkang yang berpotensi menjahanamkan peracangan kerajaan dari dalam.
Saya tidak bersedia  untuk peringkat ini  mendedahkan siapa di sebalik menggunakan nama samaran di Facebook dengan nama  Pencetus Idea tapi akan mendedahkan secara terperinci maklumat beliau setelah melayari Facebooknya dan melihat komen-komennya serta posting-postingnya termasuklah  komen-komen beliau di Facebook kakitangan JASA yang lain termasuklah Timbalan Ketua Pengarah JASA,Dato Abu Talib Harun,jelaslah Pencetus Idea adalah peyambung lidah pembangkang yang bertopengkan sebagai pegawai JASA.
JASA yang  dibangunkan khusus untuk menjadi agensi utama,menarik sokongan rakyat,mengumpul maklumat,menganjurkan  program dan mengerakkan gerakan rakyat serta menjadi mata telinga dan kekuatan jiwa raga untuk kerajaan dan juga Barisan Nasional tidak boleh sesekali walau dalam sesaat pun mempunyai seorang yang berjiwa pembelot seperti ini.
Siapa yang berani mengesahkan bahawa Pencetus Idea ini tidak akan menyalurkan maklumat kepada pihak lawan?Sedangkan yang berada di sekliling Perdana Menteri pun boleh menjual maklumat apa sangat dengan pegawai yang Gred 41 ini dan kalau JASA merasakan tindak tanduk pegawainya ini tidak mampu menggangu gugat operasi mereka,dipersilakan untuk terus mengekalkannya namun menempatkan pegawai ini di Bahagian Kewangan,banyak risikonya kalau tiba-tiba beliau mengambil keputusan meletak jawatan. 
JASA yang sedang dikhianati..
Kes Rafizi Ramli semasa bertugas di Petronas harus menjadi rujukan kepada pengurusan tertinggi JASA.Lihat bagaimana Rafizi menyerang Petronas walaupun beliau berbohong tetapi sebagai orang yang pernah berada di dalam Petronas.beliau mampu menyakin rakyat dengan putarbelitnya dan pegawai JASA yang dimaksudkan ini juga boleh menadi belati tajam yang akan merobekkan agenda-agenda JASA.
Sesiapa yang ada akaun Facebook,cuba layari muka buku Pencetus Idea ini dan lihatlah pendirian politiknya melalui tulisan ataupun komen-komennya dan adakah tepat pemilihan beliau untuk berada di dalam JASA?
Kita bersimpati dengan kesungguhan kakitangan JASA yang lain yang menumpahkan taat setia kepada pemerintahan tetapi dalam masa yang sama ada rakan mereka yang menikam dari belakang.
Kita terima setiap orang boleh berbeza fahaman politik tetapi JASA adalah agensi kerajaan yang difahamkan setiap kakitangannya wajib menandatangani akujanji sebelum menerima jawatan di JASA dan tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa JASA yang juga turut dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas adalah antara badan yang paling efisen membantu kerajaan serta Barisan Nasional untuk mengekalkan pemerintahan.
Saya berhenti setakat ini dulu untuk melihat respon dari pihak JASA..

No comments: