Tanda orang islam ialah nipis misai dan simpan janggut..
24 Zulkaedah 1433H,
Kajian
oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika
Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut
lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi
kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan
pertumbuhan telur wanita.
Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya
melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana
mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan
belailah selalu janggut suami.
Kata
Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National
Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam
sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan
kelebihannya.
Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah
diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim.
Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang
kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.
Berjanggut dan
berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para
tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku
dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda
yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang
ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk
perbuatan yang membawa kepada fasiq.
Sikap tidak
memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji
kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah
berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam
masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.
Seseorang itu
tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari
mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.
Persoalannya, di
manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak
merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang
mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa
nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut
disangka perkara kecil.
Rasulullah saw
telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa
alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya
memelihara janggut atau jambang mereka.-DI
No comments:
Post a Comment