I
POH – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, meminta supaya isu
gelaran Datuk tidak diperbesarkan hingga menjejaskan kepimpinan dalam
parti itu.
Beliau berkata, situasi itu tidak sepatutnya dibangkitkan oleh Pengerusi
parti, Karpal Singh kerana soal penerimaan darjah kebesaran telah
mendapat sokongan majoriti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Menurutnya, sementara Karpal menentang, majoriti ahli menyuarakan pendapat agar beliau menerima anugerah berkenaan.
“Saya harap beliau menerima keputusan yang sudah dibuat, Jangan biarkan
isu begini mengganggu tugas parti,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Karpal, dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan, mengikut prinsip yang
dipersetujui oleh ahli parti sejak pertengahan 1990-an, setiap Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen DAP tidak dibenarkan
menerima anugerah Datuk dalam tempoh mereka memegang jawatan dalam
parti.
Mengulas lanjut, Koo Ham berkata, sekiranya Karpal masih berpegang teguh
dengan pendirian berkenaan, ia harus dibincangkan bersama CEC untuk
dikaji semula.
Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau percaya, anugerah yang diterima
ketika masih menjawat sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri itu adalah atas
persetujuan sultan sendiri.
“Saya tidak pernah berusaha untuk dianugerahkan dengan kehormatan atau
apa-apa gelaran kerana saya percaya apa sahaja yang kita perolehi ini
berdasarkan faktor apa yang telah kita jalani,” katanya.
Koo Ham yang menerima anugerah Datuk pada 2008 daripada Sultan Perak,
Sultan Azlan Shah, merupakan ahli DAP pertama yang menerima kebesaran
berkenaan di Malaysia.
Pada Pilihan Raya.
No comments:
Post a Comment