Derma Untuk Dana PRU 13

Wednesday, December 26, 2012

Samseng Umno Yang Tampar Dan Serang Warga Emas Di Kenal Pasti


Lagi tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren. 

Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.

Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar.

Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.

No comments: