Derma Untuk Dana PRU 13

Thursday, May 23, 2013

18 murid keracunan makanan selepas minum susu kotak 1 Malaysia




Seramai 18 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Telok Mas di Melaka hari ini mengalami sakit perut dan muntah-muntah, dipercayai keracunan makanan.

Kesemua mereka melibatkan murid Tahun Satu dan Tahun Tiga itu mengadu sakit perut dan muntah-muntah selepas minum susu kotak 1Malaysia kira-kira 9 pagi.

Kesemua mereka dihantar ke Klinik Kesihatan Umbai.

Seorang murid Ahmad Syukri Bakri, 9, berkata dia muntah sebanyak enam kali selepas minum susu itu.

"Selepas habis minum di dalam kelas, tiba-tiba perut rasa sakit dan kemudian muntah-muntah," katanya ketika ditemui di Melaka hari ini.

Sementara itu, exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Yunos Husin yang melawat murid-murid terlibat menggesa pembekal Program Susu Sekolah agar mengutamakan langkah keselamatan bagi mengelakkan bahan berkenaan tercemar.

"Mengikut tarikh di pek, susu berkenaan tamat tempoh 16 September 2013, kemungkinan ia tercemar, jadi saya meminta kerjasama pembekal susu agar mempunyai rasa tanggungjawab dengan memastikan ia disimpan dengan baik," katanya.

Beliau berkata guru juga bertanggungjawab memastikan susu yang diberi kepada pelajar berada dalam keadaan baik bagi menjamin kesihatan murid. -Bernama


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/05/18-murid-keracunan-makanan-selepas.html#ixzz2U4jd20NB

No comments: