Derma Untuk Dana PRU 13

Saturday, August 6, 2016

Bekas Menteri Besar Sertai PAS?

Bekas Menteri Besar Sertai PAS?

Bekas Menteri Besar Sertai PAS? Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS sekiranya Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.

Ahmad Said yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata beliau masih ahli Umno dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.“Tidak…saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. 


Bekas Menteri Besar Sertai PAS? Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih ahli Umno hingga hari ini,” katanya.

Ahmad Said dalam laporan itu dipetik sebagai memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur, sebelum beliau mengambil langkah susulan, yang akan merubah keadaan politik di Terengganu.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata jika apa yang dihasratkan tidak berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan meninggalkan Umno, dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baharu.

Bekas Menteri Besar Sertai PAS?

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Saiful Bahri Mamat juga menafikan PAS ada menawarkan jalinan kerjasama dengan Ahmad Said bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

“Kami tidak pernah menawarkan sebarang kerjasama dengan Adun Kijal.“Cuma apa yang kita mahu masalah politik ini harus diselesaikan segera. 

Jika dua pihak saling berbalas kenyataan media, mu kata aku, aku kata mu, ia tidak menyelesaikan masalah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, PAS Terengganu tidak berhasrat mahu ‘campur tangan’ dengan masalah dalaman Umno.



Namun, katanya jika kemelut itu masih gagal diselesaikan, adalah lebih baik sekiranya kuasa diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihan raya negeri.

“Jika ada dua Adun daripada Umno yang lompat parti, barulah boleh diadakan pilihan raya negeri.

“Sekiranya tiada, dan hanya asyik berbalas kenyataan di media, isu ini tidak akan selesai dan terus berpanjangan,” kata Saiful Bahri.

Bekas Menteri Besar Sertai PAS? Pada PRU13, Umno Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti tipis dua kerusi.Umno menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).


No comments: