Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang kecewa dengan pemimpin sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam mempersoalkan bagaimana mereka mampu mentadbir negara jika rumah tangga sendiri tidak terurus.
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.
Tanpa merujuk sama ada tokoh berkenaan dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, Ridhuan Tee, sebagai berkata mereka itu tidak boleh dijadikan sebagai model peranan atau ‘role model’ kepada generasi akan datang.
Walaupun tidak menyebut secara langsung, ulasan cendekiawan Islam itu dipercaya merujuk kepada isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Rzak, - Datin Seri Rosmah Mansor yang seringkali dibidas kerana tidak bertudung kepala meskipun pasangan itu telah menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
Ridhuan Tee juga semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 berkata “ada yang tidak kena” sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah.
Rosmah juga pernah dikritik kerana didakwa boros berbelanja. Terbaru, beliau didakwa membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif pereka Australia Carl Kapp semasa percutiannya Disember lalu.
Selain melaporkan Rosmah berbelanja sakan, akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari. melaporkan semasa cuti tersebut, pasangan itu menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling. Pasangan itu, bagaimanapun menafikan laporan tersebut.
Ridhuan Tee yang juga adalah pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional berkata, tidak kena jika rakyat seringkali disuruh berjimat sedangkan ahli keluarga pemimpin tidak berbuat sedemikian tetapi terus hidup dalam keadaan mewah.
“Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegak benang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang,” katanya lagi dipetik Sinar.
Beliau juga menegur keluarga pemimpin yang tidak menegur salah-laku keluarga mereka.
“Begitu juga jika isteri atau suami mengetahui ahli keluarga mereka melakukan maksiat dan perbuatan tidak bermoral, mereka perlu menegur, bukannya mempertahankan apa yang dilakukan itu.
“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya.

No comments:
Post a Comment