30 Rejab 1433H,
KUALA LUMPUR 20 Jun: Ahli Parlimen
Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor
Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan
bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion.
“Murad ini kita tahu, dua tiga hari
lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama
pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.
“Walaupun dia (Murad) telah
mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta
maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak
mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian ketika
memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen
hari ini.
“Saya minta izin kepada Permatang
Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak
berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP
BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.
“Saya berpendapat, kita harus tunggu
cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin
Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka
seperti ini? soal Saifuddin.
Terdahulu, Anwar yang juga Ketua
Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau
menyorokkan RM3 bilion.
No comments:
Post a Comment