Seorang lagi pelakon muda drama
dan filem telah ditemui di Himpunan Hijau Ke Putrajaya Selangor di
perkarangan Stadium Malawati Kuala Selangor. Beliau berada di celahan
ribuan manusia yang membanjiri stadium petang Ahad, 15 Julai. Beliau
ialah Yatt Hamzah atau Norhayati Hamzah yang satu ketika dahulu pernah
kisahnya disiarkan dalam pelbagai media apabila kepalanya melekat lebih
setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.
Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita
mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. Apapun
tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke
dalam perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
No comments:
Post a Comment